Tuesday 22 September 2009

KONVOKESYEN UNIVERSITI RAMADHAN

Bakal graduan Universiti Ramadhan telah menamatkan modul sebulan kedua terakhir Sabtu lepas. Universiti ini bermula dua bulan sebelumnya dengan Modul Rejab dan Modul Syaaban. Modul pendek yang terakhir akan dijalankan bermula 2 Syawal selama enam hari mengikut kesesuaian waktu masing-masing sepanjang bulan.

Sehingga kini, bakal-bakal graduan harus melihat kembali prestasi pencapaian masing-masing. Apakah kita telah berpuas hati dengan pencapaian setiap modul... Apakah skor yang kita capai untuk modul-modul ini? Modul puasa, kualitinya bagaimana? Modul tilawah dan tadarus, modul tarawih, modul qiamullail, modul sedekah, modul zakat fitrah, modul ketahanan diri dari perkara lagha dan maksiat dan modul-modul lain.

Sepanjang Syawal, bakal-bakal graduan juga harus berhati-hati supaya tidak berlaku pembaziran. Menghayati sambutan 'idul fitri dengan roh yang tepat, dalam suasana amal, maaf bermaafan dan kesyukuran.

Kepada bakal graduan Universiti Ramadhan, marilah sama-sama kita menghayati keberkesanan tarbiahnya. Teruskan amal limpahan tarbiah ramadhan sepanjang tahun, Insya Allah.....

No comments: