Friday 14 January 2011

Siapa Yang Tak Pernah Menangis...

Siapa yang tak pernah menangis
Dihujung setiap ketawa dan lupa

Siapakah diantara kita
Yang memalingkan muka
Ketika mendengar kalimah Tuhan?

Banyak bakti yang dapat diberi
Sepanjang hidup yang sesingkat ini
Lautan manusia berombakkan nafsu
Kebenaran terdampar di pantai kecewa

Airmata seperti mutiara
Apakah itu rasa keinsafan
Rintihan dari hati yang rindu
Apakah itu hakikat cintamu

Lagu: Zubir Ali
Lirik: Nazri


Semoga menjadi tazkirah untuk diriku dipagi Jumaat ini.
Usah dicurahkan air mata jika tidak keranaNya.