Thursday 20 August 2015


Era kemajuan Negara terkini menyaksikan pendidikan bergerak seiring untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu, berpotensi, dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Demi merealisasikan matlamat mencapai tahap negara maju pada tahun 2020, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengorak langkah untuk menangani pelbagai isu dalam sistem sedia ada. Banyak aspek penting dalam pendidikan telah diubah dan diperbaiki atau diperbaharui. Langkah tersebut diambil bagi memastikan rakyat Malaysia sentiasa mendapat perkhidmatan pendidikan yang berkualiti. 

Antara program pembangunan dan transformasi pendidikan kerajaan yang baru adalah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Pelan ini tidak ubah seperti satu referendum bersejarah yang melambangkan cita-cita dan pengharapan rakyat terhadap sistem pendidikan negara. Ia bertujuan untuk memacu pendidikan negara ke arah pendidikan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa (KPM, 2013). 

Pelan pembangunan ini adalah satu dokumen komprehensif dengan pernyataan dasar yang bukan sahaja mengenalpasti bidang-bidang keutamaan dan meletakkan sasaran-sasaran yang hendak dicapai, malah turut menyenaraikan inisiatif-inisiatif penting yang akan dilaksanakan, melakar pelan tindakan yang jelas, dan menetapkan jangkamasa tertentu untuk mencapai setiap sasaran yang ditetapkan (Sufaat Tumin, 2013).

Untuk mempercepat penambahbaikan prestasi murid secara berkesan, berterusan dan menyeluruh, KPM  memberi tumpuan kepada aspek yang memberi impak besar kepada prestasi murid seperti kualiti guru dan kepimpinan pengurusan sekolah *

Hal ini dinyatakan dengan jelas dalam 9 Bidang Keutamaan dan 11 Anjakan yang terkandung dalam PPPM 2013-2015 (KPM, 2013). KPM telah merancang untuk melaksanakan PPPM 2013-2015 dalam tiga fasa atau gelombang.

9 bidang keutamaan yang dikenal pasti hasil daripada Laporan Penilaian Pendidikan Negara telah diperhalusi.

1.  memartabatkan profesion keguruan;
2.  meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah;
3.  meningkatkan kualiti sekolah;
4.  memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran;
5.  meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa;
6.  mengukuhkan penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam pendidikan;
7  meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan
pasaran kerja;
8  memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber; dan
9  membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan

Pembinaan kualiti guru dan kepimpinan pengurusan sekolah, secara langsung atau tidak langsung memerlukan institusi PPD yang sistematik, efektif , cekap dan prihatin dengan keperluan sekolah. Disinilah KITA SEMUA berperanan.

Gelombang Pertama pelaksanaan, iaitu dari tahun 2013 hingga 2015 ini bermatlamat untuk mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan memberi fokus kepada kemahiran utama. Bagi mempercepatkan peningkatan prestasi sekolah dan mengurangkan jurang pencapaian antara sekolah, Program Transformasi Daerah atau District Transformation Program (DTP) dijadikan satu inisiatif utama bagi menyediakan sokongan dan intervensi yang menjurus kepada sekolah. 

Bagi tujuan ini, dua pasukan jurulatih yang dikenali sebagai School Improvement Partner (SIPartner+) dan School Improvement Specialist Coach (SISC+) telah dilantik di setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Setiap pegawai SIPartner+ ditugaskan menjadi jurulatih dan mentor kepada 25 hingga 30 orang pemimpin sekolah. (KPM, 2014). 

Projek rintis DTP telah dilaksanakan di Kedah (8 daerah) dan Sabah (24 daerah) seterusnya diperluaskan kesemua  PPD yang dilaksanakan sepenuhnya pada awal tahun 2014 dimulai dengan proses pemilihan dan pelantikan  SIPartner+ dan SISC+ pada akhir 2013 (KPM, 2013).

Adalah menjadi harapan, dengan berakhirnya pelaksanaan fasa pertama atau Gelombang 1 pada tahun 2015, PPD telah dapat memainkan peranan secara cekap dan berkesan dalam memberi sokongan kepada pemimpin sekolah dan guru-guru untuk meningkatkan pencapaian sekolah mereka (KPM, 2012). Hal ini kerana, matlamat Glombang 2 untuk memacu peningkatan sistem hanya akan terlaksana sekiranya matlamat Gelombang 1 telah tercapai. 

Program SIPartner+ merupakan satu inisiatif utama dalam DTP bagi memberi bimbingan dan sokongan kepada pemimpin sekolah dalam membangunkan organisasi sekolah yang mereka pimpin. Melalui program ini, para pemimpin sekolah tidak akan berasa keseorangan dalam memimpin dan memajukan sekolah mereka. Implikasinya, mutu perkhidmatan yang mereka berikan akan meningkat. Hal ini dibuktikan oleh beberapa kajian yang telah dilaksanakan oleh para sarjana yang menunjukkan bahawa pencapaian pelajar adalah pada tahap yang lebih baik di sekolah-sekolah yang dipimpin oleh pengetua yang mendapat bantuan dan sokongan dari pihak luar (Fullan, 2001; Schlechte, Yssel dan Merbler, 2005). 

Amalan SIP Program di luar Negara:

Every Local Authority (LA) is required to deploy a SIP to every school it maintains for an average of five days per year for each school. SIPs carry out the LA’s statutory duties to challenge, support and monitor their schools. In doing this they will:
·         Interrogate the school’s performance and ther data
·         Challenge and supportthe school on its sef-evaluation
·         Identify a small number of key priorities for improvement from the self-evaluation
·         Ensure the school adopts high-impact strategies to improve its priorities
·         Broker support to assist the school improvement
·         Help the school to monitor and evaluate the impact of its action and the support it has engaged, or that has beenengaged on its behalf by the LA

SIPs provide challenge to the school leadership team. The support further improvement in the school through the quality of the school improvement dialogue, and the knowledge, skills and understanding they bring to the role. SIPs respond to what the school is telling them through their school self-evaluation (SSE) and school improvement planning.
Atas tujuan ini, jawatan pegawai SIPartner+ telah diwujudkan mulai akhir tahun 2012 (projek rintis). Ia merupakan satu jawatan hakiki sepenuh masa yang diwujudkan bagi membantu meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran sekolah. Mereka yang dilantik berfungsi sebagai rakan pembimbing kepada pengetua dan guru besar di sekolah. Sebagai rakan pembimbing, SIPartner+ bertanggungjawab membangunkan profesionalisme pemimpin sekolah berasaskan tempat kerja. 

Program SIPartner+ yang dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun 2014.
Berdasarkan kejayaan program SIPartner dan SIP secara keseluruhan, program ini telah dijadikan sebagai strategi utama dalam DTP melalui Glombang 1 PPPM dengan sedikit ubahsuaian (KPM, 2012).  Bagi membezakannya dengan program SIP yang dikelolakan oleh IAB sebelum ini,  inisiatif  PPPM ini diberi nama program SIPartner+ (KPM, 2012; IAB, 2014). Sementara itu, jawatan SIPartner+ merupakan satu jawatan hakiki sepenuh masa yang diwujudkan di setiap PPD; bertanggungjawab menjadi rakan pembimbing kepada 25 hingga 30 orang pengetua dan guru besar.

Peranan utama pegawai SIPartner+ adalah seperti berikut: 

            i)      Mengadakan lawatan bimbingan kepada pemimpin sekolah
ii)     Melaksanakan program ynag diluluskan oleh pusat
iii)    Melapor, memantau dan memastikan pembangunan pemimpin sekolah sesuai dengan anjakan 5
iv)    Melapor isu-isu sekolah kepada pihak atasan dan mengenal pasti intervensi yang diperlukan dalam Pelan  Penambahbaikan Sekolah. 

SIPartner+ bertanggungjawab membangunkan profesionalisme pemimpin sekolah berasaskan tempat kerja. Bagi mencapai tujuan ini, pendekatan leadership coaching digunakan dalam pertemuan bersemuka antara SIPartner+ yang bertindak sebagai coach dan pemimpin sekolah yang bertindak sebagai coachee.  SIPartner+ membantu pemimpin sekolah untuk membangunkan diri mereka sendiri.

Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia dalam sembilan bidang ini perlu difahami oleh SIPartner+ dalam usaha membantu pihak sekolah.



Bil
Bidang Standard Kompentesi
1
Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi
2
Pengurusan Kurikulum
3
Pengurusan Kokurikulum
4
Pengurusan Hal Ehwal Murid
5
Pengurusan Kewangan
6
Pengurusan Pentadbiran Pejabat
7
Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal
8
Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
9
Pengurusan Perhubungan Luar

Justeru, pemimpin sekolah yang telah membangunkan potensi dirinya itu akan lebih komited untuk membangunkan organisasi sekolahnya (IAB, 2012). Walau bagaimanapun, hasrat ini hanya akan tercapai sekiranya terjalin hubungan secara profesional antara coach dan coachee. Hal ini kerana keberkesanan hubungan yang terjalin akan memberi impak terhadap proses coaching yang dilaksanakan. Juga sepertimana yang telah nyatakan dalam DP yang lalu, bahawa team pentadbiran sekolah / institusi perlu mantap dan bekerjasama dengan erat untuk melahirkan natijah yang baik dan berjaya.

Di ambang persaraan saya yang hanya tinggal 10 hari bekerja, saya merasakan ada banyak usaha lagi yang perlu saya lakukan untuk membantu 28 sekolah di bawah tanggungjawab saya. Saya telah meneliti pencapaian 18 sekolah rendah yang dipertanggungjawabkan kepada saya dalam Peperiksaan Percubaan UPSR. Terdapat 6 sekolah yang telah menunjukkan pencapaian yang sangat memberangsangkan; GPS mereka telah melepasi GPS UPSR 2014. Saya sering berkata kepada GB dan Pengetua bahawa sekolah mereka adalah sekolah saya juga. Jatuh bangun sekolah-sekolah mereka saya juga sama merasakan suka atau duka.

Begitu juga jatuh bangun PPD Timur Laut ini juga sama-sama kita semua merasakan suka atau duka. Semoga PPDTL terus ke hadapan di bawah pimpinan mesra dan mantap Tuan PPD dan team.

Akhirnya Timur Laut peneraju kegemilangan.

Kita julang nama PPDTL

Sekian, Wassalamualaikum dan terima kasih.


Ucapan bertema yang telah disampaikan semasa perhimpunan Siap Siaga PPD Timur Laut pada 17 Ogos 2015 di hadapan semua warga PPDTL.

NOR AZIZAH BT HARON
SIP+ PPDTL