Era
kemajuan Negara terkini menyaksikan pendidikan bergerak seiring untuk
melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu, berpotensi, dan berdaya saing
dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Demi merealisasikan matlamat
mencapai tahap negara maju pada tahun 2020, kerajaan melalui Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengorak langkah untuk menangani pelbagai isu
dalam sistem sedia ada. Banyak aspek penting dalam pendidikan telah diubah dan
diperbaiki atau diperbaharui. Langkah tersebut diambil bagi memastikan rakyat
Malaysia sentiasa mendapat perkhidmatan pendidikan yang berkualiti.
Antara program pembangunan dan transformasi
pendidikan kerajaan yang baru adalah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025. Pelan ini tidak ubah seperti satu referendum bersejarah
yang melambangkan cita-cita dan pengharapan rakyat terhadap sistem pendidikan
negara. Ia bertujuan untuk memacu pendidikan negara ke arah pendidikan yang
berkualiti dan bertaraf antarabangsa (KPM, 2013).
Pelan pembangunan ini adalah satu dokumen
komprehensif dengan pernyataan dasar yang bukan sahaja mengenalpasti
bidang-bidang keutamaan dan meletakkan sasaran-sasaran yang hendak dicapai,
malah turut menyenaraikan inisiatif-inisiatif penting yang akan dilaksanakan,
melakar pelan tindakan yang jelas, dan menetapkan jangkamasa tertentu untuk
mencapai setiap sasaran yang ditetapkan (Sufaat Tumin, 2013).
Untuk mempercepat
penambahbaikan prestasi murid
secara berkesan, berterusan dan menyeluruh,
KPM memberi tumpuan kepada aspek yang memberi impak besar kepada prestasi murid seperti kualiti guru dan kepimpinan pengurusan sekolah *
Hal ini dinyatakan
dengan jelas dalam 9 Bidang Keutamaan dan 11 Anjakan yang terkandung dalam PPPM
2013-2015 (KPM, 2013). KPM
telah merancang untuk melaksanakan PPPM 2013-2015 dalam tiga fasa atau
gelombang.
9 bidang keutamaan yang dikenal pasti hasil daripada Laporan Penilaian
Pendidikan Negara telah diperhalusi.
1. memartabatkan profesion keguruan;
2. meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah;
3. meningkatkan kualiti sekolah;
4. memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran;
5. meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa;
6. mengukuhkan penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam pendidikan;
7 meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan
pasaran kerja;
8 memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber; dan
9 membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan
1. memartabatkan profesion keguruan;
2. meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah;
3. meningkatkan kualiti sekolah;
4. memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran;
5. meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa;
6. mengukuhkan penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam pendidikan;
7 meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan
pasaran kerja;
8 memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber; dan
9 membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan
Pembinaan kualiti guru dan kepimpinan
pengurusan sekolah, secara langsung atau tidak langsung memerlukan
institusi PPD yang sistematik, efektif , cekap dan prihatin dengan keperluan
sekolah. Disinilah KITA SEMUA berperanan.
Gelombang Pertama pelaksanaan, iaitu dari
tahun 2013 hingga 2015 ini bermatlamat untuk mengubah sistem dengan memberi
sokongan kepada guru dan memberi fokus kepada kemahiran utama. Bagi
mempercepatkan peningkatan prestasi sekolah dan mengurangkan jurang pencapaian
antara sekolah, Program Transformasi Daerah atau District
Transformation Program (DTP) dijadikan satu inisiatif utama bagi
menyediakan sokongan dan intervensi yang menjurus kepada sekolah.
Bagi tujuan ini, dua pasukan jurulatih yang
dikenali sebagai School Improvement Partner (SIPartner+) dan School
Improvement Specialist Coach (SISC+) telah dilantik di setiap Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD). Setiap pegawai SIPartner+ ditugaskan menjadi jurulatih
dan mentor kepada 25 hingga 30 orang pemimpin sekolah. (KPM, 2014).
Projek rintis DTP telah dilaksanakan di Kedah
(8 daerah) dan Sabah (24 daerah) seterusnya diperluaskan kesemua PPD yang dilaksanakan sepenuhnya pada awal
tahun 2014 dimulai dengan proses pemilihan dan pelantikan SIPartner+ dan
SISC+ pada akhir 2013 (KPM, 2013).
Adalah menjadi harapan, dengan berakhirnya
pelaksanaan fasa pertama atau Gelombang 1 pada tahun 2015, PPD telah dapat
memainkan peranan secara cekap dan berkesan dalam memberi sokongan kepada
pemimpin sekolah dan guru-guru untuk meningkatkan pencapaian sekolah mereka
(KPM, 2012). Hal ini kerana, matlamat Glombang 2 untuk memacu peningkatan
sistem hanya akan terlaksana sekiranya matlamat Gelombang 1 telah tercapai.
Program SIPartner+ merupakan satu inisiatif
utama dalam DTP bagi memberi bimbingan dan sokongan kepada pemimpin sekolah
dalam membangunkan organisasi sekolah yang mereka pimpin. Melalui program ini, para pemimpin sekolah
tidak akan berasa keseorangan dalam memimpin dan memajukan sekolah
mereka. Implikasinya, mutu perkhidmatan yang mereka berikan akan meningkat. Hal
ini dibuktikan oleh beberapa kajian yang telah dilaksanakan oleh para sarjana
yang menunjukkan bahawa pencapaian pelajar adalah pada tahap yang lebih baik di
sekolah-sekolah yang dipimpin oleh pengetua yang mendapat bantuan dan sokongan
dari pihak luar (Fullan, 2001; Schlechte, Yssel dan Merbler, 2005).
Amalan SIP Program di luar Negara:
Every Local Authority
(LA) is required to deploy a SIP to every school it maintains for an average of
five days per year for each school. SIPs carry out the LA’s statutory duties to
challenge, support and monitor their schools. In doing this they will:
·
Interrogate
the school’s performance and ther data
·
Challenge
and supportthe school on its sef-evaluation
·
Identify
a small number of key priorities for improvement from the self-evaluation
·
Ensure
the school adopts high-impact strategies to improve its priorities
·
Broker
support to assist the school improvement
·
Help the
school to monitor and evaluate the impact of its action and the support it has
engaged, or that has beenengaged on its behalf by the LA
SIPs provide challenge to the
school leadership team. The support further improvement in the school through
the quality of the school improvement dialogue, and the knowledge, skills and
understanding they bring to the role. SIPs respond to what the school is
telling them through their school self-evaluation (SSE) and school improvement
planning.
Atas tujuan ini, jawatan pegawai SIPartner+
telah diwujudkan mulai akhir tahun 2012 (projek rintis). Ia merupakan satu
jawatan hakiki sepenuh masa yang diwujudkan bagi membantu meningkatkan kualiti
pengurusan dan pentadbiran sekolah. Mereka yang dilantik berfungsi sebagai
rakan pembimbing kepada pengetua dan guru besar di sekolah. Sebagai rakan
pembimbing, SIPartner+ bertanggungjawab membangunkan profesionalisme pemimpin
sekolah berasaskan tempat kerja.
Program SIPartner+ yang dilaksanakan
sepenuhnya mulai tahun 2014.
Berdasarkan kejayaan program SIPartner dan
SIP secara keseluruhan, program ini telah dijadikan sebagai strategi utama
dalam DTP melalui Glombang 1 PPPM dengan sedikit ubahsuaian (KPM, 2012).
Bagi membezakannya dengan program SIP yang dikelolakan oleh IAB sebelum
ini, inisiatif PPPM ini diberi nama program SIPartner+ (KPM, 2012;
IAB, 2014). Sementara itu, jawatan SIPartner+ merupakan satu jawatan hakiki
sepenuh masa yang diwujudkan di setiap PPD; bertanggungjawab menjadi rakan
pembimbing kepada 25 hingga 30 orang pengetua dan guru besar.
Peranan utama pegawai SIPartner+ adalah
seperti berikut:
i) Mengadakan lawatan bimbingan kepada pemimpin
sekolah
ii) Melaksanakan program ynag diluluskan oleh pusat
iii) Melapor, memantau dan memastikan pembangunan
pemimpin sekolah sesuai dengan anjakan 5
iv) Melapor isu-isu sekolah kepada pihak atasan
dan mengenal pasti intervensi yang diperlukan dalam Pelan Penambahbaikan
Sekolah.
SIPartner+
bertanggungjawab membangunkan profesionalisme pemimpin sekolah berasaskan
tempat kerja. Bagi mencapai tujuan ini, pendekatan leadership
coaching digunakan dalam pertemuan bersemuka antara SIPartner+ yang
bertindak sebagai coach dan pemimpin sekolah yang bertindak
sebagai coachee. SIPartner+ membantu pemimpin sekolah untuk membangunkan
diri mereka sendiri.
Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia dalam sembilan bidang ini perlu difahami oleh SIPartner+
dalam usaha membantu pihak sekolah.
Bil
|
Bidang
Standard Kompentesi
|
1
|
Pengurusan
dan Kepimpinan Organisasi
|
2
|
Pengurusan
Kurikulum
|
3
|
Pengurusan
Kokurikulum
|
4
|
Pengurusan
Hal Ehwal Murid
|
5
|
Pengurusan
Kewangan
|
6
|
Pengurusan
Pentadbiran Pejabat
|
7
|
Pengurusan
Persekitaran dan Kemudahan Fizikal
|
8
|
Pengurusan
dan Pembangunan Sumber Manusia
|
9
|
Pengurusan
Perhubungan Luar
|
Justeru, pemimpin sekolah yang telah
membangunkan potensi dirinya itu akan lebih komited untuk membangunkan
organisasi sekolahnya (IAB, 2012). Walau bagaimanapun, hasrat ini hanya akan
tercapai sekiranya terjalin hubungan secara profesional antara coach dan coachee. Hal
ini kerana keberkesanan hubungan yang terjalin akan memberi impak terhadap
proses coaching yang dilaksanakan. Juga sepertimana yang telah
nyatakan dalam DP yang lalu, bahawa team pentadbiran sekolah / institusi perlu
mantap dan bekerjasama dengan erat untuk melahirkan natijah yang baik dan
berjaya.
Di ambang persaraan saya yang hanya tinggal
10 hari bekerja, saya merasakan ada banyak usaha lagi yang perlu saya lakukan
untuk membantu 28 sekolah di bawah tanggungjawab saya. Saya telah meneliti
pencapaian 18 sekolah rendah yang dipertanggungjawabkan kepada saya dalam
Peperiksaan Percubaan UPSR. Terdapat 6 sekolah yang telah menunjukkan
pencapaian yang sangat memberangsangkan; GPS mereka telah melepasi GPS UPSR
2014. Saya sering berkata kepada GB dan Pengetua bahawa sekolah mereka adalah
sekolah saya juga. Jatuh bangun sekolah-sekolah mereka saya juga sama merasakan
suka atau duka.
Begitu juga jatuh bangun PPD Timur Laut ini
juga sama-sama kita semua merasakan suka atau duka. Semoga PPDTL terus ke
hadapan di bawah pimpinan mesra dan mantap Tuan PPD dan team.
Akhirnya Timur Laut peneraju kegemilangan.
Kita julang nama PPDTL
Sekian, Wassalamualaikum dan terima kasih.
Ucapan bertema yang telah
disampaikan semasa perhimpunan Siap Siaga PPD Timur Laut pada 17 Ogos 2015 di hadapan semua warga PPDTL.
NOR AZIZAH BT HARON
SIP+ PPDTL
3 comments:
wahh..mak update blog.
lama sgt x blogging :)
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
真爱旅舍视频聊天室 , showlive视讯 , 台湾视讯 , 韩国美女视讯 , 台湾视讯美女 , 免费视频 , 视频网站 , 比照聊天室 , 不收费的同城聊天室 , 9158聊天室
Post a Comment