Saturday 12 January 2013

TAHUN BARU, AZAM BARU, SUASANA BARU

30 Disember 2012, perjalanan kami ke Johor Baru dan 31 Disember 2012 menyerahkan anakanda Syaimaa' di bawah penjagaan SMI Hidayah, Johor; sekolah yang diimpikannya sejak setahun yang lalu. Setelah mendapat keputusan cemerlang PMR2011, dia memilih untuk ke SMI Azhar Jitra untuk memberi tumpuan kepada menghafal Quran dan tilawah al Quran. Alhamdulillah pada 5 Nov 2012, dia menerima penganugerahan Sanad Tilawah dan Hafizah. Berkat usahanya yang bersungguh seperti kata Ustaznya... dia macam tidak tahu penat belajar. Kini dia sudah mula menyesuaikan diri di tempat baru. Semoga 2 tahun mendatang memberikannya pengalaman baru dan mencipta kejayaan untuk dirinya sendiri. Kami hanya dapat mendorong, memberi semangat dan mendoakan kejayaannya. Amanah mendidiknya kami serahkan kepada pengurusan dan guru-guru di sekolah barunya.