Thursday 30 July 2009

DI SINI KAMI BERMULA

71 Barber Road, Sheffield

71 Barber Road,Sheffield


Alhamdulillah dapat kiriman gambar-gambar nostalgia dari Aween dan Usayd yang meninjau jejak-jejak kami di Sheffield. Kami ditemukan di Sheffield dengan aktiviti-aktiviti membina ketrampilan dan sahsiah disamping tugasan utama sebagai pelajar. Memang tidak dapat dilupakan kenangan di sana.

71 Barber Road merupakan pusat kegiatan kami semasa bujang. Kami berempat ketika itu (Gg, Nomi, Watie dan saya). Projek menjahit saprah bersulam, memasak kuih untuk dijual pada hari Jumaat di Islamic Center (Severn Road), projek menjahit pakaian wanita, pusat penjagaan anak (bagi ibu-ibu yang memerlukan), pernah menjadi pusat penjagaan anak dan ibu yang masih dalam pantang (teman yang bersalin, suami telah pulang bertugas di tanah air), khidmat mengandam (teman yang melangsungkan perkahwinan) dan lain-lain.

Alhamdulillah, kerjasama dan ukhuwwah yang kami bina membolehkan kami bergerak terus memberi perkhidmatan percuma.

15 Filey Street, Sheffield


15 Filey Street, Sheffield


15 Filey Street merupakan pusat kegiatan kami yang tidak kurang aktif. Premis ini digunakan oleh pelajar-pelajar Malaysia turun temurun. Kegiatan usrah, perjumpaan-perjumpaan lain diadakan disini. Menurut Usayd, sekarang juga masih didiami oleh orang Malaysia.

Di sinilah kami memulakan hidup berkeluarga. Rumah ini didiami oleh dua keluarga. Sekiranya ada keluarga baru sampai belum mempunyai rumah sewa, mereka akan menumpang di sini. Banyak jasa rumah ini.

Setiap waktu subuh, suamiku biasanya akan ke Islamic Center menunaikan solat berjemaah bersama teman-teman senegara dan dari negara-negara Arab.

Di sini juga along Nazihah dibesarkan sehingga berumur 8 bulan ketika kami pulang ke tanah air.

Semoga kenangan-kenangan ini menghangatkan lagi semangat juang kami, Insya Allah.

Kepada anak-anak yang masih muda, jangan persiakan masa mudamu. Aktifkan diri, carilah pengalaman sebanyak mana yang boleh. Manafaatkan sepenuhnya kudrat muda yang Allah kurniakan.




ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Alhamdulillah. 27 tahun mengharungi manis dan pahit kehidupan berkeluarga. Pertemuan yang diatur oleh jamaah, pasrah dengan keputusan jamaah dan istikharah yang kita buat dulu serta direstui oleh ibu bapa.


Semoga terus subur perhubungan dan pertalian cinta kita menjana generasi bertaqwa Insya Allah.(anak-cucu).



Juga, mohon Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk kita sekeluarga.


Ucapan suami tercinta:


Assalam-mu-alaikum warohmatullah hi wa barokatuh...


Zah, selamat menyambut ulang tahun ke 27 perkahwinan kita, esok, pada 29 Julai 1982 di Sheffield, England, tetapi nikah di Chenderong Balai, Teluk Intan Perak.


Semoga perhubungan dan pertalian CINTA kita, kerana ALLAH dan jihad berterusan hingga akhir hayat.


Moga zuriat dan generasi yang Allah kurniakan melalui perhubungan kita berterusan memperjuangkan agama Allah.


Berjauhan 70km, tetapi tetap dekat di hati...

-- HjRashid 6 Syaaban 1430H


Ucapan dari Maimanah :


There will be no XY without X and Y and there will be no XX without X and X.

I am the XX who originate from a QUALITY X and X from both of u, and I'm very proud of that~
happy anniversary my X and X :)

Ucapan dari Khansa' :



To ma n abah: happy anniversary yg ke 27. semoga bait muslim y dbina kekal n bahagia hingga saat pertemuan dgnNya n sentiasa dbwh perlindungan dan rahmatNya.




Ucapan dari Along Nazihah :



Selamat hari ulangtahun perkahwinan mak n abah yang ke 27, semoga terus ceria dan dicurahi barakah Allah dalam rumahtangga, diberi sakinah, mawaddah n rahmah yang berpanjangan.




Ucapan dari Usayd :



Hepi anniversary



Ucapan dari Syaimaa' :

Happy Anniversary. May Allah bless both of u, mak and abah

Terima kasih semua, semoga kita semua terus istiqomah di jalan Allah...


Amin...






Thursday 23 July 2009

GERHANA MATAHARI 22 JULAI 2009






Gerhana matahari terjadi ketika posisi Bulan terletak di antara Bumi dan Matahari sehingga menutup sebagian atau seluruh cahaya Matahari. Walaupun Bulan lebih kecil, bayangan Bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya karena Bulan yang berjarak rata-rata jarak 384.400 kilometer dari Bumi lebih dekat dibandingkan Matahari yang mempunyai jarak rata-rata 149.680.000 kilometer.


Gerhana matahari dapat dibagi menjadi tiga jenis yaitu: gerhana total, gerhana sebagian, dan gerhana cincin. Sebuah gerhana matahari dikatakan sebagai gerhana total apabila saat puncak gerhana, piringan Matahari ditutup sepenuhnya oleh piringan Bulan. Saat itu, piringan Bulan sama besar atau lebih besar dari piringan Matahari. Ukuran piringan Matahari dan piringan Bulan sendiri berubah-ubah tergantung pada masing-masing jarak Bumi-Bulan dan Bumi-Matahari.

Gerhana sebagian terjadi apabila piringan Bulan (saat puncak gerhana) hanya menutup sebagian dari piringan Matahari. Pada gerhana ini, selalu ada bagian dari piringan Matahari yang tidak tertutup oleh piringan Bulan.

Gerhana cincin terjadi apabila piringan Bulan (saat puncak gerhana) hanya menutup sebagian dari piringan Matahari. Gerhana jenis ini terjadi bila ukuran piringan Bulan lebih kecil dari piringan Matahari. Sehingga ketika piringan Bulan berada di depan piringan Matahari, tidak seluruh piringan Matahari akan tertutup oleh piringan Bulan. Bagian piringan Matahari yang tidak tertutup oleh piringan Bulan, berada di sekeliling piringan Bulan dan terlihat seperti cincin yang bercahaya.

Gerhana matahari tidak dapat berlangsung melebihi 7 menit 40 detik. Ketika gerhana matahari, orang dilarang melihat ke arah Matahari dengan mata telanjang karena hal ini dapat merusakkan mata secara permanen dan mengakibatkan kebutaan.
(sumber: http://id.wikipedia.org/wiki/Gerhana_matahari)


Wednesday 22 July 2009

MBM MBI (Memartabatkan Bahasa Malaysa, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris)











Semalam (21 Julai2009), diadakan PERHIMPUNAN WARGA PENDIDIK di Putrajaya International Conference Center (PICC). Maka berkumpullah sebahagian warga pendidik dari bahagian-bahagian KPM, JPN, PPD dan sekolah-sekolah Wilayan Persekutuan dan Selangor.
Kami bertolak dari Pulau Pinang jam 11 malam sampai di Sungai Buluh (R&R) pukul 3 pagi berehat, bersedia, solat subuh dan sarapan. Selepas sarapan, kami terus menuju ke PICC. Masuk ke dalam Dewan Plenari di antara yang terawal. Sambil melihat segala persediaan di dalam dewan, kami berbual-bual dengan teman-teman dari PPD lain.
Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tiba dan majlis dimulakan. Ucapan alu-aluan oleh KPPM (Tan Sri Alimuddin Mohd Dom) menyentuh sedikit tentang MBM MBI dan seterusnya menjemput Menteri Pelajaran untuk berucap.
Memang isu hari ini adalah isu PPSMI yang akan berakhir pada tahun 2012. Beliau membentangkan
1. data-data kemerosotan Sains dan Matematik sejak PPSMI dijalankan dengan membandingkan sekolah bandar dan luar bandar.
2. data penggunaan Bahasa Inggeris oleh guru-guru Sains dan Matematik
3. penguasaan BI yang tidak meningkat
4. pemahaman Sains dan Matematik yang tidak baik
(semua ni kami dah tau, hasil dari Kajian Pelaksanaan PPSMI yang dijalankan oleh KPM April dan Oktober 2008 dan April 2009)
Selepas Menteri meninggalkan majlis, sesi perbincangan tertutup bersama KPPM diadakan. Beliau membentangkan dapatan kajian secara lebih terperinci dan diikuti dengan sesi soal jawab.
Banyak juga persoalan dari cikgu-cikgu. Ada yang dapat dijawab, ada yang didiamkan saja....
Bagus juga mendengar pandangan dari cikgu2 pelaksana di peringkat sekolah.

Mudah-mudahan pencapaian Sains dan Matematik anak-anak melayu akan bertambah baik selepas ini. Tidak boleh disalahkan penggunaan bahasa inggeris sebab murid melayu tidak baik. Yang lebih perlu diberi penekanan sekarang dan seterusnya ialah anak-anak kita faham konten mata pelajaran tersebut. Tugas siapa? Tugas kita semua, guru-guru dan ibu bapa juga....

Thursday 9 July 2009

MEMBANTU ANAK MEMILIH KERJAYA

Sempena musim anak-anak menjejakkan kaki ke alam pengajian tinggi, saya lakarkan sedikit panduan untuk ibu dan bapa (bukan ibu saja atau bapa saja) membantu anak-anak memilih kerjaya mereka nanti.

Kepada anak-anak yang telah berjaya melanjutkan pelajaran, tahniah dan syabas saya ucapkan. Belajarlah dengan bersungguh-sungguh dan SMART, kenanglah harapan ibu dan bapa ketika menghantar anak-anak ke sana. Penat lelah mereka dan komitmen kewangan mereka.

Jangan tinggalkan amalan kalian. Jadilah pelajar yang berketerampilan.


klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Panduan dari pengalaman yang sedikit, mudah-mudahan ada manafaatnya.

Monday 6 July 2009

PERINGATAN UNTUK DIRIKU


AL QURAN 5:54

54. Wahai orang-orang Yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum Yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang Yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang Dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang Yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya.

Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) reported: Messenger of Allah (PBUH) said, "Allah, the Exalted, has said: `I will declare war against him who treats with hostility a pious worshipper of Mine. And the most beloved thing with which My slave comes nearer to Me, is what I have enjoined upon him; and My slave keeps on coming closer to Me through performing Nawafil (voluntary prayers or doing extra deeds besides what is obligatory) until I love him, (so much so that) I become his hearing with which he hears, and his sight with which he sees, and his hand with which he strikes, and his leg with which he walks; and if he asks Me something, I will surely give him, and if he seeks My Protection (refuge), I will surely protect him".
[Al-Bukhari]