Wednesday 2 September 2009

ALAT KOMUNIKASI DAN KITA

Jumaat lepas semasa pulang baru keluar dari kawasan pejabat, sambil memandu aku mencari-cari telefon bimbit dalam beg tanganku...

Oh... telefonku telah tertinggal di pejabat. Aku dalam dilema, patah balik untuk mengambilnya? Atau terus ke rumah? Kalau aku berpatah balik, aku terpaksa mengharung jalan yang sesak dan sampai di pejabat belum tentu Koyamah dan Tahmo ada..... Aku buat keputusan untuk terus pulang...........

Aduhai... aku terpaksa melalui 3 hari tanpa telefon.. Dalam banyak-banyak hari, hari ni la pulak ia kutinggalkan...Banyak program 3 hari ini yang mana aku memang perlukannya.

1. 29 ogos sebelah pagi aku akan pengerusikan MAWD. Di mana, pukul berapa? semua maklumat dalam hp...

2. 29 ogos petang aku akan ke HSH kemudian ke Starcity (GEMS dinner)

3. 29 ogos hari ulang tahun kelahiranku, mesti anak-anak, suami dan teman-teman akan menghantar sms atau buat panggilan

4. Along bagi another surprise, hantar bunga untuk birthday....

5. 30 ogos .. dah janji untu perjumpaan ringkas dengan teman-teman PPD

6. 30 ogos Mesyuarat JIM Negeri dan majlis berbuka puasa

7. ibuku berada di Lunas belum ku lawati, mereka mesti menunggu-nunggu..

8. 31 ogos usayd akan sampai KLIA dari London

1 september, tak sabar aku nak ke pajabat..... sampai pejabat, aku terus ke bilikku mendapatkan hp ku... Masya Allah 29 missed call... dan beberapa mesej...

Apa yang membuatkan aku terdiam ialah apabila aku membaca mesej :


"Salam, sahabat kita sdra fadzli kewangan meninggal dunia lepas buka puasa. Mayat masih d hospital k batas. Innalillah..." sent : 22:46:18 28 08 2009

Siang Jumaat, Fadzli datang bertugas ke pejabat. Terkejut sangat mendengar berita ini, arwah baru berumur 20 tahun.

Peringatan untuk kita yang masih hidup, teruskan menambah amal di bulan Ramadhan yang mulia ini.










4 comments:

BondingSisters said...

mende nak jadi~kebetulan hari2 penting ni pulak laa tertinggal hp.
tp insyaAllah mesti ade hikmahnye, kan?

btw, lawa bunga tu..surprize along x sampai ke makassar ke on 21 Ogos? hehehe

Zahpp said...

belated surprise 11 september kut, insya allah

naziyha said...

o0o.. sbb tu tak send, sbb dah expected dan tak jadi surprise dah la.. :p takdelah, actually susah gak nak cari flower delivery online utk ke makassar ni ek..

ok la.. nanti along kasi surprise 11 sept ek. nak bunga kaler apa?

BondingSisters said...

hahaha...surprise boleh request ek? xnak la request.suke hari cik puan nak bagi kaler ape :D