Saturday, 21 June 2008

MSC

Seringkali kita berdepan dengan situasi di mana terlalu banyak kerja yang perlu kita habiskan dalam masa yang sangat suntuk. Bertindan tindih kerja yang perlu disiapkan. Dari urusan peribadi, urusan pekerjaan, urusan keluarga, urusan pertubuhan dan lain-lain.

Apa yang perlu dilakukan dalam keadaan demikian.....

Ketika itu teringat la pula, semasa kami sekeluarga bermusafir ke Johor ke rumah ibu mertuaku, kami menjalankan aktiviti bersama sekeluarga. Setiap seorang ahli keluarga kami, akan bercakap tentang apa-apa tajuk yang disukainya.

Begitulah cara kami mendidik anak-anak kami. Masa perjalanan bersama akan kami gunakan untuk memberi input pengetahuan dan latihan bercakap dan berfikir.

Suamiku memulakan bicara dengan bercakap tentang MSC. Ku sangkakan dia akan bercakap tentang Multimedia Super Corridor; rupanya apa yang dimaksudkan dengan MSC ialah Must, Should, Can. Dia terus menerangkan jika banyak perkara yang perlu dibereskan, ikutlah petua MSC. Perkara yang diberi keutamaan ialah yang dalam kategori Must (mesti/wajib). Keutamaan kedua ialah Should (sepatutnya...) dan ketiga ialah Can (boleh....).

Petua ini selalu ku gunakan sebagai panduan...

Setelah habis dia bercakap, anak-anak lain pula akan bercakap. Aku biasanya akan menerangkan konsep-konsep sains dalam kehidupan harian, walaupun konsep itu belum dipelajari oleh anak-anak di sekolah. Manafaatnya ialah pendedahan awal kepada mereka akan membantu mereka dalam pembelajaran di sekolah..... Jika cikgu mengajar tajuk berkaitan, mereka akan teringat kepada apa yang aku perkatakan....

Maimanah bercerita tentang kaedah menahan/mencuri nafas ketika tilawah al Quran; petua yang dipelajari dari guru taranumnya, Along menyentuh hal undang-undang, Usayd dengan teori kejuruteraannya. Khansa' yang paling muda ketika itu hanya kami minta untk bernasyid.

Begitulah suasana dalam kereta di sepanjang perjalanan yang tidak langsung membosankan kami....

Semua kini menjadi kenangan kerana anak-anak kami semuanya telah membesar. Harapanku agar amalan ini diteruskan oleh anak-anak kami, membudayakan ilmu dimana sahaja......

zahpp

1 comment:

BondingSisters said...

ehe~baru ingat nak post kongsi crite pasal ni..asal travel balik kampung or ke mane2,mesti kne soal dgn abah.hihi..

one thing dat i remember until now is when u ask us,mase tu kat atas highway..
"tgk motor kat depan tu.knape baju dier terangkat padahal udara kat luar lg laju dr udara kat bawah/dlm baju dia.."

mm..sume xreti jawab..
then u eplain to us ttg prinsip Bernoulli --> the speed of a moving fluid increases, the pressure within the fluid decreases :)

tyme Mr Phoa ajar prinsip ni (fizik F4), i already knew it n help him xplain to my friends!! hehe..thanx mom, u'r great mother & teacher~