26 Jun 2008, hari bersejarah bagi 658 orang guru dalam daerah Timur Laut dan Barat Daya. Hari pengiktirafan segala usaha dan tugasan mereka membangunkan anak bangsa.
Hari ini mengingatkan aku kepada guru-guru yang telah mendidik dan mengajar aku membaca dan mengira serta mengajar erti kehidupan. Cikgu Zainiah, guru kelasku semasa darjah satu, komited dan menyayangi anak-anak muridnya. Dengan adunan belaian kasih sayang dan tunjuk ajar telah membawa aku sejauh ini.
Begitu juga guru-guru lain yang mengajar dan membimbing dalam tahun-tahun berikutnya sehinggalah aku menghabiskan persekolahanku.
Ketika itu, tiada sambutan Hari Guru, tiada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Namun guru-guru ketika itu terus mendidik dan membimbing tanpa mengenal jemu. Keikhlasan merekalah yang telah melahirkan ramai pemimpin dan bijak pandai hari ini.
Perlu direnungkan, adakah penerima-penerima anugerah hari ini menghayati aspirasi Falsafah Pendidikan Negara untuk membina anak-anak bangsa yang berketrampilan dan seimbang.....
No comments:
Post a Comment