Tuesday 29 June 2010

AUDIT AMAL : SETENGAH TAHUN SUDAH BERLALU

Alhamdulillah kita telah sampai ke pertengahan tahun 2010. Telah berlalu 6 bulan. Banyak perkara-perkara besar telah dapat dilaksanakan; setakat mana keberkesanan atau jayanya.... perlu kepada refleksi.

Persoalan:

Kalau kita kaitkan dengan KPI, setakat mana pencapaian kita dalam:

1. Amal : Berapa peratus peningkatan amal soleh kita? (boleh diukur?) Adakah solat kita berkualiti, tahajud, dhuha, puasa sunat, sedekah jariah, hubungan kita dengan ibu dan bapa, muayasyah kita sesama manusia, buruk / baik sangka kita terhadap orang lain dan seumpamanya...

2. Kualiti kerja kita : Amanahkah kita menjalankan tugas, kerja2 yang dilakukan apakah ada kelemahan atau kekuatannya. Di mana perlu ditambahbaik? Di mana perlu lebih tumpuan?

Mari kita muhasabah diri....

MUHASABAH CINTA

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

2 comments:

hentian said...

jangan sekadar bermuhasabah kemudian di bakul sampah.

hakikat hidup, setiap yang berlaku dihadapan kita adalah muhasabah harian paling berkesan.

itu pun bagi yang mahu berfikir...

sampaikan salam buat mantan YDP touch n go!

Zahpp said...

betul tu insan marhaen.. muhasabah yang berkesan diikuti dgn pembaikan amal