Friday 9 October 2009

MUSIM PEPERIKSAAN

UPSR dan PMR baru saja berlalu. SPM dan STPM akan menyusul. Bagaimana anak-anak kita menghadapinya. Bagi yang menduduki UPSR dan PMR, tunggu saja keputusan yang akan diumumkan. Bagi anak-anak yang akan menduduki SPM dan STPM hanya ada sedikit masa lagi untuk persediaan. Namun, sehingga saat ini, saya rasa ramai di kalangan anak-anak kita sudah pun bersedia 80-90%. Masa berbaki ini hanyalah untuk memperkemaskan persediaan.....Moga2 segala usaha diberkati Allah.

Apakah peranan ibu bapa ketika ini....

Bagi ibu bapa kepada calon SPM dan STPM berilah semangat kepada anak-anak. Waktu ini adalah waktu mencabar bagi mereka. Terdapat anak yang telah putus harap dan tak mau belajar lagi.. Mungkin juga, ada anak yang bersengkang mata belajar di saat akhir, dan lain-lain lagi karenah mereka menjelang peperiksaan. Ibu bapa seharusnya memantau keadaan anak-anak, dari emosinya, kesihatannya, persediaannya dan lain-lain.

Semalam, saya diajukan soalan dari seorang bapa prihatin. Anaknya telah habis menduduki peperiksaan PMR. Bagaimana harus dia mengisi masa selepas peperiksaan dan masa cuti. Saya mencadangkan anaknya menghadiri program-program peningkatan diri. Kelas bahasa Inggeris, Kem membina Jati Diri, kelas persediaan untuk tingkatan empat dan sebagainya.

Akhirnya, saya ucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada anak-anak calon SPM dan STPM. Setelah berusaha bersungguh-sungguh, tawakkal kepada Allah. Mudah-mudahan diberi ketenangan menjawab soalan peperiksaan, amin....

No comments: