Sempena sambutan Maulidur Rasul, saya teringat 14 tahun yang lepas semasa kami (saya bersama suami) menjadi tetamu Allah. Kami pergi dengan penerbangan ketiga terakhir.
Selesai mengerjakan haji, kami mempunyai masa sebulan di tanah suci Mekah. Banyak aktiviti yang kami jalankan termasuk ziarah tempat-tempat bersejarah Bukit Uhud, Jabal Nur, masjid-masjid di sekitar Mekah, tempat melontar yang sudah lengang dan lain-lain.
Suami saya sempat melawat Universiti di Mekah (Darul Quran) bahagian pelajar lelaki dibawa oleh seorang teman yang belajar di sana.
Kami juga berpeluang mendaki Jabal Nur di mana letaknya Gua Hira' tempat nabi beruzlah dan mendapat wahyu pertamanya, Surah Iqra'. Pagi itu, saya nekad akan turut bersama suami dan seorang kawan untuk mendaki Jabal Nur. Saya berfikir ketika itu; kalau tidak mendaki kali ini, entah bila pula saya akan berpeluang ke sana lagi....
Pendakian mengambil masa 45 minit. Tidak sama pengalaman saya mendaki Bukit Bendera atau Bukit Jambul. Bukit-bukit yang pernah saya daki dipenuhi dengan pokok-pokok. Jabal Nur bukit yang berbatu tanpa satu pokok sekali pun, dengan keadaan cuaca yang panas, agak mencabar bagi saya pendakian ini. Air minuman yang dibawa tidak mencukupi, terpaksa berhenti seketika membeli air minuman dan berehat. Kata orang, sampai pekat air liur; mendaki dalam keadaan begitu.
Semasa pendakian, saya dan suami mengingatkan kembali perjalanan sirah Rasulullah. Kami cuba bayangkan keadaan Saidatina Khadijah dalam umurnya 40 tahun mendaki Jabal Nur menghantar bekalan makanan kepada Rasulullah. Sesekali kami bernasyid bersama :
Rasulullah (klik untuk dengar nasyid)
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
Alhamdulillah, saya berjaya sampai ke puncak Jabal Nur dan melihat pintu Gua Hira' dikerumuni oleh ramai orang yang menunggu giliran untuk masuk. Dalam gua itu, katanya hanya muat 2 orang sahaja. Rasulullah, dapat melihat kaabah ketika beruzlah di situ. Pada ketika itu tiada bangunan di sekelilingnya.
Setelah berehat sebentar, kemudian kami turun dari puncak Jabal Nur. Menuruninya hanya memakan masa 30 minit.
Satu pengalaman yang sangat berharga bagi kami bertiga, yang tidak mungkin dapat saya lupakan.
Kepada teman-teman dan anak-anak yang akan ke sana, banyakkan membaca sirah supaya dapat menghayati setiap detik kamu di sana nanti.
Bagi diri saya, bilakah lagi akan ke sana.....
Friday, 18 February 2011
Wednesday, 2 February 2011
Segenggam Tabah
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya
Senilagu : Fadzli Far East
Senikata : ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Fadzli Far East
Susunan Muzik : Firdaus Mahmud
Munsyid : In-Team
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya
Senilagu : Fadzli Far East
Senikata : ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Fadzli Far East
Susunan Muzik : Firdaus Mahmud
Subscribe to:
Posts (Atom)