Monday, 28 December 2009

INSAN ISTIMEWA

Wanita

Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Lagu : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)
Lirik : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)

HARI IBU - setiap hari

Mesej Maimanah pada Hari Ibu Indonesia :

Kasih ibu kepada beta
Tak terhingga sepanjang masa
Hanya memberi, tak harap kembali
Bagai sang suria menyinari dunia


Tuesday, 15 December 2009

CUTI SEKOLAH DAH NAK HABIS.....

Pejam celik cuti persekolahan anak-anak kita sudah sampai ke penghujung. Anak-anak yang akan memasuki tingkatan 1 telah pun dapat surat penempatan sekolah menengah. Lepas ni persiapan nak masuk sekolah pula...

4 Januari 2010 nanti, mulalah sesi persekolahan 2010. Macam-macam gaya anak-anak ke sekolah, terutama yang baru masuk ke tahun 1. Ada yang gembira sebab jumpa kawan-kawan tadika dulu; ada yang belum jumpa kawan, duduk sorang2. Tapi suasananya tak lah sama dengan masa kami masuk tahun 1 dulu2.......

Zaman kami sekolah dulu, ramai yang tak pernah pergi ke tadika pun...
Itulah hari pertama ke sekolah, dihantar oleh ayah atau ibu. Ada yang tak mahu berpisah dengan ibu ayah.. Ayah nak balik, ditariknya basikal ayah.... Ada yang ajak ibu duduk dalam kelas, ada yang menangis sebab ayah dah balik, macam2 lagi...

Walau bagaimana pun, ada juga ibu atau bapa zaman sekarang ni yang terlalu manjakan anak. Anak masuk tahun 1, ditunggu sampai waktu rehat, sebab takut anak tak pandai nak beli makanan di kantin. Ada yang tunggu anak di sekolah ni sampai berbulan-bulan....kalau sehari dua tu boleh faham la..

Sebenarnya kita perlu percaya kepada anak-anak kita... Beri dia kepercayaan yang dia boleh lakukan sesuatu, ajar dia berdikari sedikit... Sekolah pertama anak-anak kita adalah di rumah. Kita lah yang sepatutnya mengajar mereka kemahiran-kemahiran tertentu yang membolehkan mereka merasa yakin ketika masuk ke alam persekolahan formal.

Bila anak sudah bersekolah peranan ibu dan bapa untuk memantau perkembangan anak-anak, melihat pencapaian pelajaran, mengukuhkan amalan-amalan baik yang dipelajari di sekolah dan sebagainya. Tidak harus kita menyerahkan sepenuhnya kepada guru di sekolah. Dalam satu kelas di sekolah terdapat 30 - 40 murid untuk dilihat oleh seorang guru; sedangkan sepasang ibu dan ayah hanya mempunyai paling ramai 10 orang anak. (Kebanyakannya kurang daripada 10).

Jadi, untuk memastikan anak-anak berkembang dengan baik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, ibu dan bapa perlu memainkan peranan masing-masing membantu pendidikan formal di sekolah...