Cuti panjang akhir tahun telah tiba. Anak-anak calon SPM dan STPM pula sudah mula berjuang di dewan peperiksaan. Ibu ayah pula apa perancangan? Bagaimana anak-anak kita mengisi masa mereka di sepanjang cuti persekolahan ni? Sudahkah difikirkan....
Apakah kita akan membiarkan masa cuti panjang ini berlalu begitu sahaja. Elok sangat kalau ibu bapa mula merancang untuk anak-anak mengikuti program-program bermanafaat sepanjang cuti. Banyak program anjuran NGO, kelab remaja dan lain-lain khusus untuk anak-anak semasa cuti sekolah. Ibu bapa boleh memilih program yang boleh membangunkan ketrampilan diri anak-anak. Boleh juga anak-anak dibimbing oleh ibu bapa di rumah membuat kerja-kerja di rumah, atau mengajar anak seni rumahtangga dan tukang menukang dan lain-lain. Menziarahi keluarga besar, membantu keluarga dalam kenduri kendara yang banyak berlangsung sepanjang cuti sekolah ini.
Kita harus ingat bahawa pendidikan tak formal juga adalah sangat penting untuk membina peribadi anak-anak.
Dalam era transformasi pendidikan, kualiti murid sekolah rendah yang diharapkan adalah:
1. Kemahiran menguasai asas literasi dan numerasi (membaca, menulis, mengira)
2.Memahami, minat dan menikmati aktiviti amal, seni dan rekreasi
3. Menjaga kesihatan dan kecerdasan diri
4. Beramal ibadah
5. Membina Semangat patriotik
6. Mempunyai nilai-nilai murni
7. Mempunyai kemahiran berfikir
Manakala apa yang diharapkan daripada anak-anak di peringkat menengah pula ialah:
1. Berupaya berkomunikasi dengan berkesan
2. Mengaplikasi dan mengadaptasi kemahiran mengikut keperluan
3. Berkemahiran mengakses aplikasi teknologi
4. Mampu menyelesaikan masalah
5.Mengamal Pembelajaran sepanjang hayat
6. Berinisiatif dan tekun menyiapkan kerja
7. Mahir mengurus masa, kewangan dan pelbagai sumber
8. Mempunyai matlamat kehidupan dan pekerjaan
9. Mengenali kelainan individu
10. Menjadi pemimpin diri, keluarga dan masyarakat
11. Bersifat patriotik
Setelah digariskan kualiti diri anak-anak yang kita harapkan, cukupkah kalau kita hanya menyerahkan tugas membentuk anak-anak ini kepada guru-guru di sekolah semata-mata? Fikirkanlah......