Seringkali, beberapa tuntutan datang bertimpa-timpa dalam masa yang sama. Bagaimana kita harus menanganinya dengan cara terbaik?
Beberapa perkara yang menuntut kita melakukannya dalam masa yang serentak. Kalau tidak diurus dengan cara yang waras dan rasional, memang boleh mendatangkan kerisauan yang amat dan mengganggu kesihatan.
Alhamdulillah, rakan sekerja yang sangat memahami, anak-anak yang menyokong kuat, (walaupun berjauhan); pesanan dan nasihat teman-teman rapat, aku dapat mengharungi semuanya ini dengan agak baik. Walaupun ianya belum sempurna lagi. Terima kasih kepada semua. Doakan aku akan lebih tabah.
Aku pohon kepada Allah swt agar mengurniakan aku kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi beberapa hari kritikal di depanku ini. Amin.....
Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami.
Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami.
Wednesday, 24 June 2009
Wednesday, 17 June 2009
KETENTUAN ALLAH
Segala yang berlaku adalah ketentuan Allah. Allah memberi peringatan dengan pelbagai cara. Kesenangan, kemewahan, kesukaran, kepayahan dan musibah serta kejayaan. Beruntunglah orang yang mengambil segala ketetapan Allah untuk menguatkan iman, muhasabah diri, bersyukur dan redha denganNya.
Ya Allah masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang beruntung...
Ya Allah masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang beruntung...
Monday, 8 June 2009
MUSIM KONVO DAN CABARAN PEKERJAAN
Setiap kali majlis konvokesyen diadakan, nampaknya semua ahli keluarga dan teman-teman mengucapkan tahniah. Beli hadiah bunga dan macam-macam lagi. Semuanya merupakan kenangan manis, meraih hasil setelah beberapa tahun berpenat lelah dan bersusah payah dengan ujian demi ujian, assignment, kerja projek dan lain-lain.
Setelah konvo mahasiswa2 kena fikirkan cabaran-cabaran kerjaya dan kehidupan seterusnya. Alam pekerjaan memerlukan komitmen yang tinggi juga. Ada di kalangan mereka setelah konvo masih tidak bekerja. Ada pula yang lebih murah rezeki, belum konvo dah bekerja... Semuanya bergantung kepada kelayakan yang mereka perolehi; sama ada dari aspek pilihan kursus atau merit pencapaian mereka; juga tidak dinafikan ketentuan Allah.
Musim krisis ekonomi melanda dunia, mendapat pekerjaan merupakan suatu cabaran. Berfikir secara proaktif, anak-anak yang bakal menjejakkan kaki ke universiti dan pusat pengajian tinggi perlu diberi pendedahan yang seluas-luasnya tentang prospek pekerjaan yang mereka akan ceburi nanti, bermula dengan pemilihan kursus di IPT. Itulah salah satu faktor yang akan menentukan alam pekerjaan mereka. Pengalaman berinteraksi dengan beberapa graduan muda yang belum mendapat pekerjaan tetap; ada yang mengaku tersalah pilih kursus. "Kalau saya ambil kursus A pun tak per...." keluh seorang daripada mereka.
Namun, rezeki ada di mana-mana. Luas bumi Allah ini. Mereka perlu meneroka dan mencari peluang mendapatkan kerja, tidak terlalu memilih. Setelah mendapat tempat kerja, berilah komitmen yang tinggi terhadap pekerjaan masing-masing. Sesungguhnya sikap seseorang terhadap apa jua pekerjaan yang dilakukan adalah merupakan faktor penting untuk menentukan dia adalah pekerja cemerlang. Ramai teman-teman yang merupakan Ketua-ketua Jabatan merungut tentang sikap dan perilaku pekerja mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)