Thursday, 18 May 2017

Thursday, 20 August 2015


Era kemajuan Negara terkini menyaksikan pendidikan bergerak seiring untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu, berpotensi, dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Demi merealisasikan matlamat mencapai tahap negara maju pada tahun 2020, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengorak langkah untuk menangani pelbagai isu dalam sistem sedia ada. Banyak aspek penting dalam pendidikan telah diubah dan diperbaiki atau diperbaharui. Langkah tersebut diambil bagi memastikan rakyat Malaysia sentiasa mendapat perkhidmatan pendidikan yang berkualiti. 

Antara program pembangunan dan transformasi pendidikan kerajaan yang baru adalah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Pelan ini tidak ubah seperti satu referendum bersejarah yang melambangkan cita-cita dan pengharapan rakyat terhadap sistem pendidikan negara. Ia bertujuan untuk memacu pendidikan negara ke arah pendidikan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa (KPM, 2013). 

Pelan pembangunan ini adalah satu dokumen komprehensif dengan pernyataan dasar yang bukan sahaja mengenalpasti bidang-bidang keutamaan dan meletakkan sasaran-sasaran yang hendak dicapai, malah turut menyenaraikan inisiatif-inisiatif penting yang akan dilaksanakan, melakar pelan tindakan yang jelas, dan menetapkan jangkamasa tertentu untuk mencapai setiap sasaran yang ditetapkan (Sufaat Tumin, 2013).

Untuk mempercepat penambahbaikan prestasi murid secara berkesan, berterusan dan menyeluruh, KPM  memberi tumpuan kepada aspek yang memberi impak besar kepada prestasi murid seperti kualiti guru dan kepimpinan pengurusan sekolah *

Hal ini dinyatakan dengan jelas dalam 9 Bidang Keutamaan dan 11 Anjakan yang terkandung dalam PPPM 2013-2015 (KPM, 2013). KPM telah merancang untuk melaksanakan PPPM 2013-2015 dalam tiga fasa atau gelombang.

9 bidang keutamaan yang dikenal pasti hasil daripada Laporan Penilaian Pendidikan Negara telah diperhalusi.

1.  memartabatkan profesion keguruan;
2.  meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah;
3.  meningkatkan kualiti sekolah;
4.  memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran;
5.  meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa;
6.  mengukuhkan penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam pendidikan;
7  meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan
pasaran kerja;
8  memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber; dan
9  membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan

Pembinaan kualiti guru dan kepimpinan pengurusan sekolah, secara langsung atau tidak langsung memerlukan institusi PPD yang sistematik, efektif , cekap dan prihatin dengan keperluan sekolah. Disinilah KITA SEMUA berperanan.

Gelombang Pertama pelaksanaan, iaitu dari tahun 2013 hingga 2015 ini bermatlamat untuk mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan memberi fokus kepada kemahiran utama. Bagi mempercepatkan peningkatan prestasi sekolah dan mengurangkan jurang pencapaian antara sekolah, Program Transformasi Daerah atau District Transformation Program (DTP) dijadikan satu inisiatif utama bagi menyediakan sokongan dan intervensi yang menjurus kepada sekolah. 

Bagi tujuan ini, dua pasukan jurulatih yang dikenali sebagai School Improvement Partner (SIPartner+) dan School Improvement Specialist Coach (SISC+) telah dilantik di setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Setiap pegawai SIPartner+ ditugaskan menjadi jurulatih dan mentor kepada 25 hingga 30 orang pemimpin sekolah. (KPM, 2014). 

Projek rintis DTP telah dilaksanakan di Kedah (8 daerah) dan Sabah (24 daerah) seterusnya diperluaskan kesemua  PPD yang dilaksanakan sepenuhnya pada awal tahun 2014 dimulai dengan proses pemilihan dan pelantikan  SIPartner+ dan SISC+ pada akhir 2013 (KPM, 2013).

Adalah menjadi harapan, dengan berakhirnya pelaksanaan fasa pertama atau Gelombang 1 pada tahun 2015, PPD telah dapat memainkan peranan secara cekap dan berkesan dalam memberi sokongan kepada pemimpin sekolah dan guru-guru untuk meningkatkan pencapaian sekolah mereka (KPM, 2012). Hal ini kerana, matlamat Glombang 2 untuk memacu peningkatan sistem hanya akan terlaksana sekiranya matlamat Gelombang 1 telah tercapai. 

Program SIPartner+ merupakan satu inisiatif utama dalam DTP bagi memberi bimbingan dan sokongan kepada pemimpin sekolah dalam membangunkan organisasi sekolah yang mereka pimpin. Melalui program ini, para pemimpin sekolah tidak akan berasa keseorangan dalam memimpin dan memajukan sekolah mereka. Implikasinya, mutu perkhidmatan yang mereka berikan akan meningkat. Hal ini dibuktikan oleh beberapa kajian yang telah dilaksanakan oleh para sarjana yang menunjukkan bahawa pencapaian pelajar adalah pada tahap yang lebih baik di sekolah-sekolah yang dipimpin oleh pengetua yang mendapat bantuan dan sokongan dari pihak luar (Fullan, 2001; Schlechte, Yssel dan Merbler, 2005). 

Amalan SIP Program di luar Negara:

Every Local Authority (LA) is required to deploy a SIP to every school it maintains for an average of five days per year for each school. SIPs carry out the LA’s statutory duties to challenge, support and monitor their schools. In doing this they will:
·         Interrogate the school’s performance and ther data
·         Challenge and supportthe school on its sef-evaluation
·         Identify a small number of key priorities for improvement from the self-evaluation
·         Ensure the school adopts high-impact strategies to improve its priorities
·         Broker support to assist the school improvement
·         Help the school to monitor and evaluate the impact of its action and the support it has engaged, or that has beenengaged on its behalf by the LA

SIPs provide challenge to the school leadership team. The support further improvement in the school through the quality of the school improvement dialogue, and the knowledge, skills and understanding they bring to the role. SIPs respond to what the school is telling them through their school self-evaluation (SSE) and school improvement planning.
Atas tujuan ini, jawatan pegawai SIPartner+ telah diwujudkan mulai akhir tahun 2012 (projek rintis). Ia merupakan satu jawatan hakiki sepenuh masa yang diwujudkan bagi membantu meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran sekolah. Mereka yang dilantik berfungsi sebagai rakan pembimbing kepada pengetua dan guru besar di sekolah. Sebagai rakan pembimbing, SIPartner+ bertanggungjawab membangunkan profesionalisme pemimpin sekolah berasaskan tempat kerja. 

Program SIPartner+ yang dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun 2014.
Berdasarkan kejayaan program SIPartner dan SIP secara keseluruhan, program ini telah dijadikan sebagai strategi utama dalam DTP melalui Glombang 1 PPPM dengan sedikit ubahsuaian (KPM, 2012).  Bagi membezakannya dengan program SIP yang dikelolakan oleh IAB sebelum ini,  inisiatif  PPPM ini diberi nama program SIPartner+ (KPM, 2012; IAB, 2014). Sementara itu, jawatan SIPartner+ merupakan satu jawatan hakiki sepenuh masa yang diwujudkan di setiap PPD; bertanggungjawab menjadi rakan pembimbing kepada 25 hingga 30 orang pengetua dan guru besar.

Peranan utama pegawai SIPartner+ adalah seperti berikut: 

            i)      Mengadakan lawatan bimbingan kepada pemimpin sekolah
ii)     Melaksanakan program ynag diluluskan oleh pusat
iii)    Melapor, memantau dan memastikan pembangunan pemimpin sekolah sesuai dengan anjakan 5
iv)    Melapor isu-isu sekolah kepada pihak atasan dan mengenal pasti intervensi yang diperlukan dalam Pelan  Penambahbaikan Sekolah. 

SIPartner+ bertanggungjawab membangunkan profesionalisme pemimpin sekolah berasaskan tempat kerja. Bagi mencapai tujuan ini, pendekatan leadership coaching digunakan dalam pertemuan bersemuka antara SIPartner+ yang bertindak sebagai coach dan pemimpin sekolah yang bertindak sebagai coachee.  SIPartner+ membantu pemimpin sekolah untuk membangunkan diri mereka sendiri.

Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia dalam sembilan bidang ini perlu difahami oleh SIPartner+ dalam usaha membantu pihak sekolah.



Bil
Bidang Standard Kompentesi
1
Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi
2
Pengurusan Kurikulum
3
Pengurusan Kokurikulum
4
Pengurusan Hal Ehwal Murid
5
Pengurusan Kewangan
6
Pengurusan Pentadbiran Pejabat
7
Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal
8
Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
9
Pengurusan Perhubungan Luar

Justeru, pemimpin sekolah yang telah membangunkan potensi dirinya itu akan lebih komited untuk membangunkan organisasi sekolahnya (IAB, 2012). Walau bagaimanapun, hasrat ini hanya akan tercapai sekiranya terjalin hubungan secara profesional antara coach dan coachee. Hal ini kerana keberkesanan hubungan yang terjalin akan memberi impak terhadap proses coaching yang dilaksanakan. Juga sepertimana yang telah nyatakan dalam DP yang lalu, bahawa team pentadbiran sekolah / institusi perlu mantap dan bekerjasama dengan erat untuk melahirkan natijah yang baik dan berjaya.

Di ambang persaraan saya yang hanya tinggal 10 hari bekerja, saya merasakan ada banyak usaha lagi yang perlu saya lakukan untuk membantu 28 sekolah di bawah tanggungjawab saya. Saya telah meneliti pencapaian 18 sekolah rendah yang dipertanggungjawabkan kepada saya dalam Peperiksaan Percubaan UPSR. Terdapat 6 sekolah yang telah menunjukkan pencapaian yang sangat memberangsangkan; GPS mereka telah melepasi GPS UPSR 2014. Saya sering berkata kepada GB dan Pengetua bahawa sekolah mereka adalah sekolah saya juga. Jatuh bangun sekolah-sekolah mereka saya juga sama merasakan suka atau duka.

Begitu juga jatuh bangun PPD Timur Laut ini juga sama-sama kita semua merasakan suka atau duka. Semoga PPDTL terus ke hadapan di bawah pimpinan mesra dan mantap Tuan PPD dan team.

Akhirnya Timur Laut peneraju kegemilangan.

Kita julang nama PPDTL

Sekian, Wassalamualaikum dan terima kasih.


Ucapan bertema yang telah disampaikan semasa perhimpunan Siap Siaga PPD Timur Laut pada 17 Ogos 2015 di hadapan semua warga PPDTL.

NOR AZIZAH BT HARON
SIP+ PPDTL



Wednesday, 13 August 2014

PERANCANGAN

Perancangan satu kemestian dalam kehidupan.Kita diajar merancang dan hidup berjadual. Contohnya waktu-waktu solat, waktu berpuasa, waktu mengerjakan haji dan lain-lain.Ambilcontoh waktu mengerjakan haji. Ianya perlu ada perancangan yang rapi. Persediaan kewangan, persediaan orang yang akan ditinggalkan semasa mengerjakan ibadah ini, persediaan ilmu menjalani ibadah ini. Tak juga ketinggalan persediaan fizikal dan minda.

Perancangan juga kita kaitkan dengan kehidupan kita di dunia menjalaninya dengan diberkati Allah dan sejahtera bersama orang-orang disekeliling kita dan juga alam sekitar kita. Merancang pembelajaran kita, pekerjaan kita, masa depan kita, keluarga kita dan sebagainya.

Dengan itu kita perlu lengkapkan diri kita dengan ilmu untuk merancang.

Sunday, 13 October 2013

AMANAH KEPIMPINAN

Sedutan dari:

Khutbah Iedul Fitri, 1 Syawal 1434 H - 08 Agustus 2013
Masjid Salman Institut Teknologi Bandung

Memelihara Amanah Kepemimpinan

Prof. Dr. Miftah Faridl

 ......Padahal kepemimpinan yang ada pada manusia hanyalah semata-mata anugrah dan sekaligus amanah dari Allah.
Manusia hanya bertugas merawatnya secara adil dan benar. Tak perlu berambisi mempertahankannya, apalagi jika dilakukan dengan cara-cara yang dapat mengganggu kebersihan amanah. Ingatlah bahwa kepemimpinan merupakan keputusan Allah yang diberikan kepada siapapun yang dikehendaki-Nya. Jabatan dan kepemimpinan tidak selalu identik dengan kemuliaan. Banyak orang yang punya jabatan tapi tidak punya kemuliaan. Dan tidak sedikit orang yang mempunyai kemulyaan walaupun tanpa jabatan dan kedudukan. Kita tak perlu dan tidak boleh memaksakannya hingga harus melakukan segala cara yang belum tentu dibenarkan Allah dan Rasul-Nya. Kemenangan dan kekalahan dalam urusan jabatan kepemimpinan hanyalah proses yang ada pada wilayah kemanusiaan. Allah dapat saja menguji dengan kemenangan, padahal sesungguhnya Allah sendiri tak ridha dengan kemenangan itu.
Demikianlah Allah mengingatkan kita dalam Alqur’an (3:26): ”Wahai Zat yang Maha Kuasa di atas segala yang berkuasa. Engkau berikan kekuasaan kepada orang yang Engkau kehendaki. Engkau renggut kekuasaan dari orang yang Engkau kehendaki, Engkau berikan kemuliaan kepada orang yang Engkau kehendaki, dan Engkau berikan kehinaan kepada orang yang Engkau kehendaki dengan kekuasaan-Mu yang mulia. Engkau bisa berbuat apa saja sesuai dengan yang Engkau kehendaki.”
Kepada shahabat Abu Dzar RA, Rasulullah SAW menyampaikan: ”Wahai Abu Dzar Sesungguhnya jabatan kepemimpinan itu adalah amanah. Dan setiap amanah kepemimpinan akan melahirkan penyesalan dan kesedihan, kecuali bagi mereka yang mengambilnya dengan cara yang baik dan dapat melaksanakan kepemimpinan itu dengan baik”. (HR. Bukhari)
Beliau SAW mengingatkan umatnya akan bahaya kehancuran yaitu apabila sesuatu urusan diserahkan kepada mereka yang bukan ahlinya. Beliau SAW berpesan, ”Ingatlah tunggu tanggal kehancurannya. Apabila amanat disia-siakan, tunggulah tanggal kehancurannya”. Para shahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud dengan menyia-nyiakan amanat?” Nabi SAW bersabda: ”Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggu tanggal kehancurannya.”. (HR. Bukhari). Beliau juga berpesan: ”Barangsiapa yang menyerahkan urusan kaum muslimin kepada seseorang, padahal ada orang lain lebih pantas memegangnya, maka ia telah berhianat kepada Allah dan kepada Rasulullah.”. (HR. Hakim)
Selain kemampuan sesuai dengan bidang garapannya serta terdiri dari orang-orang yang terbaik dari yang ada, pemimpin itu hendaknya dicintai rakyat yang dipimpinnya dan berpihak untuk membela rakyat yang dipimpinnya. Rasulullah bersabda: ”Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu cintai dan mereka pun cinta kepadamu. Kamu hormat kepada mereka dan mereka pun hormat kepada kamu. Dan sejelek-jelek pemimpin kamu adalah mereka yang kamu benci dan mereka pun benci kepada kamu. Kamu melaknat mereka dan mereka pun melaknat kamu.”. (HR. Hakim)

Amanah yang perlu dipikul dengan sebaik mungkin
Banyak aspek yang mesti diteliti
Pengorbanan yang bukan sedikit
Kau adalah milik rakyat
Rakyat memerlukan kepimpinanmu
Maka lakukanlah yang terbaik
Allah bersamamu





Friday, 1 March 2013

TAHNIAH... NAMUN JALANMU MASIH PANJANG



Alhamdulillah telah tercatat sejarah buat dirimu dan kita sekeluarga. Lahir seorang lagi graduat selepas 6 tahun berada di bumi anbia meneroka alam mencari khazanah ilmu Allah, sedikit cuma yang diberiNya dari ilmuNya yang Maha Luas.

Tahniah buat Khansa', namun jalanmu masih panjang. Banyak lagi liku-liku perjakanan yang perlu dilalui. Teguhkan tekad, tingkatkan lagi keazaman untuk terus dalam perjalanan ini tanpa kenal erti penat dan lelah. Perjalanan memburu keredhaanNya, bukan setakat maju dalam duniawi, malah tingkatkan amal dan berjihad dijalanNya memburu redhaNya untuk mengecapi syurgaNya.

Ya Allah berilah kekuatan kepadanya dan kepada anak-anakku juga semua anak bangsaku untuk membela agamaMu.....Aminnn...

Saturday, 12 January 2013

TAHUN BARU, AZAM BARU, SUASANA BARU

30 Disember 2012, perjalanan kami ke Johor Baru dan 31 Disember 2012 menyerahkan anakanda Syaimaa' di bawah penjagaan SMI Hidayah, Johor; sekolah yang diimpikannya sejak setahun yang lalu. Setelah mendapat keputusan cemerlang PMR2011, dia memilih untuk ke SMI Azhar Jitra untuk memberi tumpuan kepada menghafal Quran dan tilawah al Quran. Alhamdulillah pada 5 Nov 2012, dia menerima penganugerahan Sanad Tilawah dan Hafizah. Berkat usahanya yang bersungguh seperti kata Ustaznya... dia macam tidak tahu penat belajar. Kini dia sudah mula menyesuaikan diri di tempat baru. Semoga 2 tahun mendatang memberikannya pengalaman baru dan mencipta kejayaan untuk dirinya sendiri. Kami hanya dapat mendorong, memberi semangat dan mendoakan kejayaannya. Amanah mendidiknya kami serahkan kepada pengurusan dan guru-guru di sekolah barunya.

Saturday, 4 August 2012

ILMU YANG DIKUTIP UNTUK DIMANAFAAT DAN AMAL


 Semoga bermanafaat dan dipanjangkan pahala orang yang membuatnya......

Wednesday, 27 June 2012

Demam

Selalunya rasa demam, sakit kepala, letih dan macam2, aku buat tak kisah sangat. Tapi demam kali ni berpanjangan, sehingga aku menuntut utk dibawa untuk pemeriksaan doktor.

Aku bukan jenis nak layan demam sikit2. Tapi bila usia dah makin meningkat, demam ni bukan boleh dipandang ringan.

Dan aku di sini sudah hari ke 16. Klepsella dah x der. Ujian demi ujian lagi nak dibuat. Aku dah rasa bosan. Kawan-kawan guru dah menunggu-nunggu aku kembali. Anak-anak muridku dah missing Add Maths. Bila nak keluar ni....







Monday, 23 January 2012

Mama


Special dedication to my mama and all mamas
May Allah bless all of you for being loving mama to children of the world


Everytime I think of you
You always make me smile
Whenever I feel down
You know how to cheer me up

And everytime I feel confused
And I don't know which way to choose
One things for sure
I can always count on you

When I am near
Or when I'm far
Or when I'm completely lost...

In my heart I have no fear
Cos you're my guiding star, oh!

[Chorus]:
Mamma
You know that I love you
No matter what I
Say or do
I can never thank you, oh
Mamma
You know that I love you
You are the proof
Of what love can do
Truly you are Gods miracle


You're my shelter from the rain,
You're the shoulder I cry on
Whenever I feel pain
One touch from you and the pain is gone!

And all I've ever dreamed to be
Is to make you proud of me
Cos never once
Did you turn your back on me

Your healing words,
Your tender touch
The warmth of your embrace...

The beauty of your soul
Shines through your loving face!

[Chorus]

[Bridge]:
Your name
Was there first word I've ever spoken
You held my hand
Through the first steps I've taken, oh...
When I wasn't well
You watched me through the night
That is why
Paradise is under
Your feet

[Chorus] [x3]


Saturday, 10 December 2011

REFLEKSI

Masyarakat melayu biasanya susah untuk menyatakan kita sayangkan seseorang ( rujuk kepada hubungan ahli keluarga dan di kalangan ikhwah atau di kalangan akhawat).

Renungilah bait2 perkataan dalam nasyid ini......

Subuh Yang Terakhir

Album : Epik
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com


Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila berjauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Sunday, 27 November 2011

SALAM MAAL HIJRAH

Semoga kita semua terus berusaha mempertingkatkan amal....

ANDAI AKU DI SISI-MU

Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Hafiz Hamidun

Pada-Mu saja.. aku mengadu
Resah gelora.. yang menghempas kalbu
Terasa berat.. namun apa daya ku luahkan..
Walau sarat.. terasa malu pada-Mu..

Akulah insan.. yang berjuta dosa..
Tiada mengenang.. erti kesalahan
Berkali-kali.. terus masih terulang segala..
Kesilapan.. meski ku tahu pedihnya..

Chorus:

Masihku disini.. terantai nubari..
Detik nadi bagaikan terhenti..
Andai aku di sisi rahmat-Mu..
Berhakkah ku ulang masa lalu..

Aku Tanpa Cinta-Mu

Artist: Mirwana
Song Category: Nasyid

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih

Taubat Seorang Hamba

Album :
Munsyid : Irsyadee Feat Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com



(Part Hafiz)
Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

(Part Irsyadee)
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Tuesday, 8 November 2011

KISAH DARI AL QURAN

Sempena bulan yang mulia ini, kisah ini memberi pengajaran dan peringatan yang banyak kepada kita. Kisah ketaatan dan kepatuhan kepada perintah Allah, kisah kesabaran, kemahiran keibubapaan, sifat anak yang soleh, kisah pahala besar serta kisah pengorbanan yang tinggi.

Semoga kita mengambil pengajaran darinya......


Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.

Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar.

Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata:” Wahai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu! “Ia menjawab:” Wahai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar “.

Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis (nya), (nyatalah kesabaran keduanya).

Dan Kami panggillah dia: “Wahai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu “, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.

Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.

Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian,

(yaitu:)” Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim “.

Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

Sesungguhnya ia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman.
QS. as-Shaffat (37) : 100 - 111

Friday, 7 October 2011

PEPERIKSAAN BUKAN SEGALANYA

Anak-anak calon PMR sedang berada dalam minggu peperiksaan. November nanti anak-anak SPM dan STPM pula akan menghadapi giliran mereka. Memang tidak dapat dinafikan, ramai ibu, bapa dan guru lebih gementar dari anak-anak yang menduduki peperiksaan. Semuanya mengharap anak-anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang.

Walau apa pun, ibu, bapa dan guru tidak wajar memberi tekanan yang hebat kepada anak-anak semata-mata untuk keputusan peperiksaan yang cemerlang. Ada ibu atau bapa yang tidak mahu menandatangani slip laporan peperiksaan anak kerana pencapaian tidak memuaskan.

Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

Falsafah yang cantik ini akan menjadi lebih cantik sekiranya dapat direalisasikan.

"Usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan", membawa maksud bukan hanya dinilai di dewan peperiksaan sahaja. Anak-anak dibentuk untuk menjadi insan yang seimbang dan harmonis dalam aspek-aspek yang disebutkan itu sepanjang masa di sekolah, di rumah dan di mana sahaja. Jika ada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (menanamkan tauhid kepada Allah), peribadi dan tingkah laku mereka akan terkawal dan terarah. Justeru, akan terbentuklah peribadi-peribadi seperti yang disebutkan di atas.

Pesanan saya kepada diri sendiri dan teman-teman ibu dan bapa serta guru-guru supaya tidak kecewa jika pencapaian akademik dalam peperiksaan anak-anak tidak seperti yang diharapkan. Banyak lagi ruang untuk menjadikan anak-anak kita menjadi orang yang bernilai tinggi dalam masyarakat dan lebih penting bernilai tinggi di sisi Allah s.w.t.

Biarlah mereka dibesarkan dalam keadaan yang normal, sesuai dengan naluri remaja mereka; namun dengan panduan dan tunjuk ajar yang baik penuh kasih sayang dari kita.


Wednesday, 17 August 2011

PESANAN BUAT ANAK-ANAK YANG AKAN MENJEJAKKAN KAKI KE ALAM RUMAHTANGGA

Ramadhan telah hampir tahap dua pertiga. Teruslah beramal dengan ikhlas. Dalam kerahmatan Ramadhan, ada anak-anakku (baca: anak usrah dan anak didik) yang sedang dalam persiapan terakhir melangkahkan kaki ke alam rumahtangga.

Disamping persediaan zahir, persediaan minda dan perancangan pembentukan keluarga pejuang perlu diambil berat. Keluarga yang kalian akan bina nanti bukan sekadar keluarga biasa. Perlu dilihat contoh-contoh keluarga yang melahirkan peribadi-peribadi seperti Asma' Abu Bakr, Abdullah Abu Bakr dan seumpamanya.

Lihat juga peribadi-peribadi seperti Khansa' dengan 4 orang anaknya, Sumayyah dan keluarganya dan banyak lagi yang boleh kita kutip dalam bacaan sirah Rasulullah dan sirah sahabah.

Buat panduan anak-anak, saya kongsikan bahan ini:

Sumber :

http://www.suara-islam.com/news/keluarga/rumah-tangga/1985-membentuk-keluarga-pejuang

Membentuk Keluarga Pejuang

Di tengah derasnya arus budaya sekuler (memisahkan agama dari kehidupan) dan kapitalis (materialistis), umat Islam harus berjuang keras untuk mempertahankan ajaran Islam dan menerapkannya dalam kehidupan sehari-hari.

Musuh-musuh Islam terus berusaha menghancurkan umat Islam melalui perang terselubung di medan pemikiran dan aqidah. Tujuannya untuk menghancurkan agama lewat bobroknya hati para pemeluknya, rusaknya moral dan akhlaq, hilangnya kepribadian, terjajahnya akal dan kemudian memisahkan umat Islam dari ajaran Islam. Serangan itu disalurkan melalui satelit parabola; kegiatan olahraga dan kesenian; majalah dan koran; syair, lagu dan film.

Selanjutnya, muncullah generasi Islam yang sesuai dengan keinginan para kolonialis. Generasi yang tidak memperhatikan perkara-perkara penting, lebih suka bersantai-santai, bermalas-malasan,dan selalu menuruti hawa nafsunya dengan cara apapun. Mereka melakukan segala sesuatu demi memenuhi hawa nafsu.

Oleh karena itu, kita harus berusaha keras agar setiap keluarga muslim memiliki kesadaran untuk menjadi keluarga pejuang, yang menjaga sinar Islam tetap memancar dan melawan setiap gerakan pemurtadan.

Keluarga Abu Bakar Mensukseskan Hijrah

Peristiwa hijrah yang menjadi tonggak peradaban Islam, karena Islam diterapkan dalam suatu Negara berdaulat (Daulah Islamiyah Madinah), ternyata tidak bisa dilepaskan dari peranan keluarga Abu Bakar ra yang luar biasa. Abu Bakar terpilih menjadi sahabat yang mendampingi rasul yang terakhir hijrah. Ketika menghindari kejaran kafir Quraisy, mereka berdua bersembunyi di gua Tsur selama 3 hari.

Persembunyian mereka berdua dibantu oleh anak-anak Abu Bakar yang harus siap menerima risiko dibunuh jika ketahuan pihak musuh. Setiap hari, Asma binti Abu Bakar menjadi pemasok makanan, dan Abdullah bin Abu Bakar menjadi informan (tentang perkembangan keadaan di Mekkah dan pengejaran Quraisy). Setelah keadaan aman, merekapun melanjutkan perjalanan sampai ke Madinah.

Ibu mereka sungguh mulia karena mampu mendidik anak-anaknya menjadi orang yang berani menolong rasululloh saw. Istri Abu Bakar adalah isteri teladan yang mendukung perjuangan suaminya meskipun harus mengorbankan nyawanya.

Ummu Syuhada Khansa memberi dorongan dan nasehat kepada 4 puteranya yang akan berjihad. Kemudian dibacakan satu ayat dari surah Ali Imran, “Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, mudah-mudahan menjadi orang yang beruntung.” Putera-putera Khansa khusyuk mendengar nasihat ibu yang disayanginya, dan mereka tidak sedikitpun merasa takut untuk merebut kesempatan masuk surga.

Putra pertama sambil berperang bersyair, “Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan memberikan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bermakna dan bermanfaat. Insya Allah akan kita buktikan sebentar lagi.”

Anak kedua menghadang setiap musuh sambil bersyair, “Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu kami. Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati. Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur musuh-musuh bersama-sama. Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah.”

Anak ketiga melompat dan bersyair, “Sungguh ibu kami kuat keinginannya, tetap tegas tidak goyah. Beliau telah mengingatkan kita agar bertindak cakap dan berakal cemerlang. Itulah nasihat seorang ibu terhadap anak-anaknya. Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri. Dapatkan kemenangan yang bakal membawa kegembiraan di dalam hati. Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi.”

Anak keempat menghunus pedang sambil bersyair, “Bukanlah aku putera Khansa’, bukanlah aku anak laki-laki. Dan bukanlah pula karena ‘Amru yang pujiannya sudah lama terkenal. Kalau aku tidak membuat tentara asing yang berkelompok-kelompok itu terjungkal ke jurang bahaya, dan musnah musuh oleh senjataku.”

Bertempurlah keempat putera Khansa dengan tekad yang bulat untuk mendapatkan surga diiringi doa munajat ibunya yang berada di garis belakang. Kemudian tentara Islam datang menemui Khansa memberitahukan bahwa keempat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira, hati tidak goyah, dan berkata, “Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengharapkan dari Tuhanku, agar mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekaldengan rahmat-Nya!”.

Khansa adalah ibu yang sukses mengantar anak-anaknya ke pintu surga.

Tips Membentuk Keluarga Pejuang

Keluarga yang sakinah mawaddah wa rohmah mampu memahami bahwa tujuan hidup di dunia bukan hanya sekedar makan, minum dan bersenang-senang semata, melainkan tujuan utamanya adalah beribadah kepada Alloh, mentaatiNya, menjalankan perintahNya dan menyeru kepadaNya. Alloh berfirman: “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Alloh, mengerjakan amal yang soleh dan berkata sesungguhnya aku termasuk orang yang berserah diri”. (QS Fushilat: 33).

Ibnul Qoyyim berkata: “Seseorang tidak akan menjadi pengikut Muhammad saw secara benar, hingga ia menyeru kepada apa yang diserukan beliau berdasarkan ilmu”. Alloh berfirman: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar, mereka adalah orang-orang yang beruntung” (QS Ali Imron: 104). Kehidupan rosul adalah kehidupan dakwah.

Jadi orang tua yang sholeh akan memompa semangat dakwah kepada anak-anaknya dalam suasana rumah tangga yang harmonis. Di tengah arus kehidupan yang tidak Islami, orangtua harus kreatif dan tidak membuat anak merasa tertekan dan terpaksa menjadi keluarga pejuang. Beberapa tips membentuk keluarga pejuang:

1. Tanamkan ketaqwaan dengan aqidah dan ajaran Islam yang benar pada anak.


2. Memberikan harta yang halal untuk menanamkan kejujuran dalam diri anak.

3. Mengenal karakter anak agar dapat memilih cara pendekatan yang tepat dalam memberi masukan dan mengingatkan.

4. Sering ingatkan anak dengan ayat/hadits melalui telephon atau sms, untuk memotivasi anak agar tetap konsisten dan bersemangat dalam berdakwah.

5. Dorong anak mengikuti perkembangan Islam dan umatnya melalui berita lewat TV,Radio atau Koran, kemudian diskusikan dengan sudut pandang Islam.

6. Perkuat nafsiyah islamiyah anak dengan melaksanakan sholat berjamaah, qiyamul lail, puasa sunnah dan tadarus al-Qur’an bersama-sama. Buat kegiatan harian Islami anak.

7. Buat kajian shirah Rasul dan sahabat diantara anggota keluarga, untuk meneladani semangat juang dan kerelaan berkurban di jalan Allah.

8. Sering menghadiri acara ke-Islaman agar mendapat suntikan energi dan semangat juang.

9. Berikan predikat kepada anak dengan sering mengatakan kepadanya: “Kamu adalah pejuang Islam”. Hal ini menjadi energi positif untuk mewujudkannya.ar benar-benar menjadi pejuang.

10. Sortir tontonan TV dan bacaan anak-anak agar terseleksi informasi yang akan mempengaruhi pikiran dan perasaannya. Yang dilarang adalah yang dapat merusak aqidahnya

11. Tumbuhkan sikap berani karena benar, kemandirian dan kepemimpinan.

12. Buatlah komunitas remaja Islam dengan teman-teman yang sholeh. Karena anak butuh teman untuk menjadi tempat bertukar pikiran atau curhat.

13. Ajak anak membuat rencana dakwah bersama teman-temannya untuk mewarnai lingkungan sekitar rumah.

14. Diskusikan target dakwah yang mampu dicapai anak, misalnya menyebarkan bulletin dakwah, undangan kegiatan ke-Islaman, dll kepada teman sekolah, teman rumah atau guru.

15. Buatlah perpustakaan rumah untuk mendorong minat baca anak sehingga wawasannya menjadi luas.

16. Buatlah mading keluarga untuk menumbuhkan kreativitas dan ketajaman anak dalam memperhatikan sesuatu yang penting, dan menjadi sarana untuk saling menasehati dalam kebenaran.

17. Anak harus mengikuti halaqoh tahfizh qur’an.

18. Mengasah kepedulian anak terhadap fakir miskin, dengan membuat tabungan untuk disalurkan kepada lembaga dakwah atau lembaga sosial.

Selamat berjuang membentuk keluarga pejuang. Allohu Akbar!

Ummu Hafizh

Tuesday, 2 August 2011

RAMADHAN - BULAN PENDIDIKAN

Sebahagian nota yang sempat saya catat semasa program Halaqah Qaseh pada 6Ramadhan 1432 bersamaan 6 Ogos 2011 di Surau An Nur. Penyampaian oleh Ustaz Syazali Herman. Walaupun kehadiran tidak berapa ramai (lebih kurang 30 orang) tetapi sesi interaktif bersama Ustaz sangat baik dan bermanafaat bagi semua.

Utamakan solat

Pertama sekali ustaz ingatkan tentang kita mengutamakan solat 5 waktu. Dalam mengajar anak-anak berpuasa kita memang banyak memberi penekanan kepada puasanya, kadang-kadang kita tidak meneliti solatnya. Apakah mereka telah solat? Bagaimana kualiti solat mereka?

Kita beri ganjaran sekiranya anak-anak ini dapat berpuasa penuh, tapi apakah ganjaran sekiranya mereka solat penuh 5 waktu, atau teguran sekiranya mereka meninggalkan solat.

Budaya bersedekah

Bersedekah bukan hanya mengeluarkan wang ringgit diberikan kepada orang yang memerlukan. Menyediakan makanan untuk orang berbuka posa dan bersahur merupakan sedekah, memberi nasihat yang baik juga sedekah. Budaya bersedekah di sepanjang Ramadhan mesti dihidupkan dan ada cadangan duit raya disampaikan semasa Ramadhan.

Tarawih, menutup aurat dan merapatkan saf

Ustaz menyentuh tentang permasalahan menutup aurat, tarawih, merapat saf. Ketika keluar rumah untuk mengerjakan solat tarawih di masjid atau di surau, hendaklah memastikan menutup aurat dengan sempurna. Tidak memakai pakaian jarang dan ketat. Ketika solat berjamaah hendaklah merapatkan saf.

Berdoa sebelum buka puasa

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu
berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak.”
(Riwayat Ibn Majah)

Waktu berdoa adalah sebelum berbuka puasa,waktu sahur dan digalakkan banyakkan istigfar

Kelebihan beramal pada akhir Ramadhan

Menyediakan suasana dan keadaan yg menggalakkan ibadah 10 hari akhir ramadhan, suasana orang-orang membaca quran bukan suasana yang ghairah menyambut hari raya.

Sekian sedikit perkongsian, semoga ada manafaat dari nota ini, Insya Allah.Selamat beramal dan mengejar malam Lailatul Qadar