Tuesday, 15 September 2009

PUASA UNTUK APA, SIAPA?

Minggu lepas saya mendapat tawaran untuk menjadi panel forum sempena majlis khatam quran di peringkat JPN. Mula-mula rasa macam nak tolak jer, sebab dua hari notis diberikan. Bila fikir duakali, saya ambil cabaran ini.

Saya diminta mengulas tentang ibadah puasa dari sudut saintifik. Mulalah episod mencari bahan. Anak-anak jadi sasaran untuk mendapatkan sumber, sebab maknya tak sempat nak cari. Mesyuarat pun kena hadir juga.

Along bagi beberapa bahan dan link untuk rujukan. Maimanah bagi rumusan apa yang perlu disampaikan. Tak sempat nak minta Khansa' cari. (sorry yer Khansa'...:) ) Dia memang cepat dapat bahan. Minta tolong juga dari anak-anak buah yang lain...

Malam sebelum forum saya pulun baca bahan-bahan tu dan tulis dalam bentuk point, nanti senang nak rujuk.....

Alhamdulillah, semasa forum, saya digandingkan dengan Ustaz Khairul Annuar (JPN). Ustaz kupas puasa dari sudut pandangan agama, ihya' ramadhan dan lain-lain. Bila mula cakap, perkara pertama yang saya tekankan ialah:

Apa yang akan saya katakan adalah berasaskan kepada ibadah puasa yang kita lakukan adalah untuk Allah, kerana Allah. Bukan untuk menguruskan badan, bukan untuk awet muda dan sebagainya.

Walaubagaimana pun, itulah antara perkara-perkara yang kita akan dapat jika kita berpuasa.

Nota dari Maimanah:

Health Benefits of Fasting

1. Detoxification

Dalam tubuh kita ada 3 sumber tenaga yang dipakai. 1. Karbohidrat yang diperoleh dari makanan, 2. Lemak pada tubuh 3. Protein pada tubuh.

Karbohidrat/tenaga dari makanan adalah yang pertama sekali di proses oleh tubuh. Kalau x ade makanan yang masuk, barulah tubuh akan gunakan lemak simpanan (pada orang puasa). Dan setelah lemak habis dipakai (pada orang-orang puasa jangka panjang/malnutrisi), akhirnya tubuh akan memproses protein simpanan sebagai sumber tenaga. Bila sampai tahap ni, akan terjadi penurunan berat badan dan otot mengecut.

Selain lemak dan protein, dalam simpanan tubuh kita ni ade jugak zat-zat toxic yang diperoleh dari persekitaran (bersama-sama dengan lemak ni..).

Jadi, bila orang puasa, tak ade makanan masuk. Maka tubuh akan memecahkan lemak2 simpanan tadi sebagai sumber tenaga. Secara tak langsung, zat-zat toxic tadi turut dipecahkan dah akhirnya di keluarkan dari tubuh melalui peluh, air kencing dll


2. Meningkatkan proses penyembuhan sel

Semasa puasa, sistem pencernaan akan berehat. Maknanya, sistem ini kurang memerlukan tenaga. Jadi, tenaga kita lebih banyak dipakai untuk sistem pertahanan tubuh (immune system). Pada keadaan puasa, sel-sel abnormal dalam tubuh seperti sel-sel tumor tidak mendapat supply yang cukup utk pertumbuhannya. Maka sel-sel ini lebih mudah utk 'dikalahkan' oleh tentera pertahanan tubuh kita.

Sel-sel 'jahat' ni berasal dari DNA yang jahat juga. DNA yang jahat ni muncul akibat dari 'error' yang terjadi semasa proses pembentukan sel. Tapi ketika puasa, proses pembentukan sel ini terbantut sebab kurang supply makanan. Jadi, semakin lemahlah sel-sel jahat ini, sedangkan sel-sel yang baik (immune system) mendapat supply yg cukup dari tubuh..

3. Juga didapati bahawa sel-sel pertumbuhan (growth hormone) lebih banyak dihasilkan ketika seseorang itu berpuasa :)

Kesimpulan : kajian menunjukkan puasa boleh memperpanjang usia seseorang. Alasannya seperti point-point yang dijelaskan di atas~

"The only reliable way to extend the lifespan of a mammal is under-nutrition without malnutrition."

sumber : http://serendip.brynmawr.edu/exchange/node/1834

E mel dari Along Nazihah:


1. Buku DD - Quran Saintifik - Meneroka Kecemerlangan Quran dari Teropong Sains
Bab 102 - Puasa dan Detoksifikasi (menyahtoksin ek?)


2. Blog - kajian saintifik
Ada sikit write up tentang buku 'Puasa, Hukum dan Hikmah menurut Islam dan Perspektif Sains Moden' karangan Syeikh Abdul Majid al-Zindani, terbitan Teguh Iman Resources.

3. Blog Mahasiswa USM - perubatan barat akui kebaikan puasa
Writeup dari Pensyarah USIM

4. Persatuan Mahasiswa Islam Yaman - testimoni terapi berpuasa
Good research berkenaan buku Syeikh Abdul Majid al-Zindani jugak, berserta bahan bukti atas sorang budak di New York

hope it helps.

Alhamdulillah, saya telah dapat menunaikan hasrat penganjur, walaupun persembahan saya tidak sehebat Ustaz Khairul. Orang sains matematik ni kan straight forward..

Terima kasih kepada semua yang telah membantu mencari bahan; ada yang dapat bahan, ada yang tak dapat. Juga terima kasih kepada semua yang mendoakan....



Wednesday, 9 September 2009

RAMADHAN - PEMERGIANMU DITANGISI


(Klik pada gambar untuk lebih jelas)


Tuesday, 8 September 2009

AUDIT AMAL RAMADHAN SEPARUH BULAN

Kita dah melepasi setengah bulan Ramadhan. Elok juga kita buat audit amal kita selama 17 hari yang lepas. Tilawah, solat, kualiti puasa dan lain-lain. Gemuk ke kurus ganjaran puasa kita....Bukanlah puasa ni kerana nak pahala tapi yang lebih utama, kita puasa kerana Allah....

“Setiap amalan anak Adam akan dilipatgandakan pahalanya. Satu kebaikan akan berlipat menjadi 10 kebaikan sampai 700 kali lipat. Allah berkata, “Kecuali puasa, Aku yang akan membalas orang yang mengerjakannya, karena dia telah meninggalkan keinginan-keinginan hawa nafsu dan makannya karena Aku.” (HR. Muslim)

Hari-hari seterusnya merupakan hari-hari yang sangat istimewa yang tidak harus diabaikan oleh kita.



1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,
2. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?
3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);
5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

“Bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w melakukan iktikaf di sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan sejak tiba di Madinah sehingga baginda wafat.” (Riwayat. Bukhari-Muslim)

Sebenarnya peringatan ini adalah untuk diriku sendiri... Takut diseparuh kedua ni terhanyut dengan macam-macam di sekitar kita. Dendangan lagu raya, tempahan kuih raya, menghias rumah dan lain-lain.

Sambutan raya untuk menyambut kemenangan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan baik, sering dijadikan hari bersuka ria sebab dah tak perlu puasa.

Ya Allah, masukkanlah kami dalam golongan orang-orang yang istiqomah dengan amal-amal soleh dalam bulan Ramadhan yang diberkati dan berterusan sesudahnya. Amin.....

Wednesday, 2 September 2009

ALAT KOMUNIKASI DAN KITA

Jumaat lepas semasa pulang baru keluar dari kawasan pejabat, sambil memandu aku mencari-cari telefon bimbit dalam beg tanganku...

Oh... telefonku telah tertinggal di pejabat. Aku dalam dilema, patah balik untuk mengambilnya? Atau terus ke rumah? Kalau aku berpatah balik, aku terpaksa mengharung jalan yang sesak dan sampai di pejabat belum tentu Koyamah dan Tahmo ada..... Aku buat keputusan untuk terus pulang...........

Aduhai... aku terpaksa melalui 3 hari tanpa telefon.. Dalam banyak-banyak hari, hari ni la pulak ia kutinggalkan...Banyak program 3 hari ini yang mana aku memang perlukannya.

1. 29 ogos sebelah pagi aku akan pengerusikan MAWD. Di mana, pukul berapa? semua maklumat dalam hp...

2. 29 ogos petang aku akan ke HSH kemudian ke Starcity (GEMS dinner)

3. 29 ogos hari ulang tahun kelahiranku, mesti anak-anak, suami dan teman-teman akan menghantar sms atau buat panggilan

4. Along bagi another surprise, hantar bunga untuk birthday....

5. 30 ogos .. dah janji untu perjumpaan ringkas dengan teman-teman PPD

6. 30 ogos Mesyuarat JIM Negeri dan majlis berbuka puasa

7. ibuku berada di Lunas belum ku lawati, mereka mesti menunggu-nunggu..

8. 31 ogos usayd akan sampai KLIA dari London

1 september, tak sabar aku nak ke pajabat..... sampai pejabat, aku terus ke bilikku mendapatkan hp ku... Masya Allah 29 missed call... dan beberapa mesej...

Apa yang membuatkan aku terdiam ialah apabila aku membaca mesej :


"Salam, sahabat kita sdra fadzli kewangan meninggal dunia lepas buka puasa. Mayat masih d hospital k batas. Innalillah..." sent : 22:46:18 28 08 2009

Siang Jumaat, Fadzli datang bertugas ke pejabat. Terkejut sangat mendengar berita ini, arwah baru berumur 20 tahun.

Peringatan untuk kita yang masih hidup, teruskan menambah amal di bulan Ramadhan yang mulia ini.




Friday, 28 August 2009

PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM KELUARGA



Sila klik di sini untuk membaca teks seterusnya

Thursday, 20 August 2009

MAK, BOLEH BUKA PUASA TAK....

Insya Allah kita akan berpuasa Ramadhan sekali lagi Sabtu ni....

Kepada ibubapa yang mempunyai anak kecil yang baru belajar puasa akan mendengar ungkapan :
"Mak, lapar la... boleh buka puasa tak...."
"Mak, haus sangat ni, nak buka puasa mak...."

Dan kadang-kadang kita lihat anak-anak tertidur keletihan.... Kesian....

Ada hari-hari tertentu, mereka tidak dapat meneruskan sehari berpuasa. Ada harinya pula, mereka berjaya berpuasa lengkap sehari.

Bagaimana kaedah kita melatih anak-anak berpuasa....(klik di sini)

Tuesday, 11 August 2009

MEKAR BUNGAKU





Bunga-bunga di tamanku...........