Kita dah melepasi setengah bulan Ramadhan. Elok juga kita buat audit amal kita selama 17 hari yang lepas. Tilawah, solat, kualiti puasa dan lain-lain. Gemuk ke kurus ganjaran puasa kita....Bukanlah puasa ni kerana nak pahala tapi yang lebih utama, kita puasa kerana Allah....
“Setiap amalan anak Adam akan dilipatgandakan pahalanya. Satu kebaikan akan berlipat menjadi 10 kebaikan sampai 700 kali lipat. Allah berkata, “Kecuali puasa, Aku yang akan membalas orang yang mengerjakannya, karena dia telah meninggalkan keinginan-keinginan hawa nafsu dan makannya karena Aku.” (HR. Muslim)
Hari-hari seterusnya merupakan hari-hari yang sangat istimewa yang tidak harus diabaikan oleh kita.
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,
2. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?
3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);
5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
“Bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w melakukan iktikaf di sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan sejak tiba di Madinah sehingga baginda wafat.” (Riwayat. Bukhari-Muslim)
Sebenarnya peringatan ini adalah untuk diriku sendiri... Takut diseparuh kedua ni terhanyut dengan macam-macam di sekitar kita. Dendangan lagu raya, tempahan kuih raya, menghias rumah dan lain-lain.
Sambutan raya untuk menyambut kemenangan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan baik, sering dijadikan hari bersuka ria sebab dah tak perlu puasa.
Ya Allah, masukkanlah kami dalam golongan orang-orang yang istiqomah dengan amal-amal soleh dalam bulan Ramadhan yang diberkati dan berterusan sesudahnya. Amin.....
No comments:
Post a Comment