Semalam (21 Julai2009), diadakan PERHIMPUNAN WARGA PENDIDIK di Putrajaya International Conference Center (PICC). Maka berkumpullah sebahagian warga pendidik dari bahagian-bahagian KPM, JPN, PPD dan sekolah-sekolah Wilayan Persekutuan dan Selangor.
Kami bertolak dari Pulau Pinang jam 11 malam sampai di Sungai Buluh (R&R) pukul 3 pagi berehat, bersedia, solat subuh dan sarapan. Selepas sarapan, kami terus menuju ke PICC. Masuk ke dalam Dewan Plenari di antara yang terawal. Sambil melihat segala persediaan di dalam dewan, kami berbual-bual dengan teman-teman dari PPD lain.
Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tiba dan majlis dimulakan. Ucapan alu-aluan oleh KPPM (Tan Sri Alimuddin Mohd Dom) menyentuh sedikit tentang MBM MBI dan seterusnya menjemput Menteri Pelajaran untuk berucap.
Memang isu hari ini adalah isu PPSMI yang akan berakhir pada tahun 2012. Beliau membentangkan
1. data-data kemerosotan Sains dan Matematik sejak PPSMI dijalankan dengan membandingkan sekolah bandar dan luar bandar.
2. data penggunaan Bahasa Inggeris oleh guru-guru Sains dan Matematik
3. penguasaan BI yang tidak meningkat
4. pemahaman Sains dan Matematik yang tidak baik
(semua ni kami dah tau, hasil dari Kajian Pelaksanaan PPSMI yang dijalankan oleh KPM April dan Oktober 2008 dan April 2009)
Selepas Menteri meninggalkan majlis, sesi perbincangan tertutup bersama KPPM diadakan. Beliau membentangkan dapatan kajian secara lebih terperinci dan diikuti dengan sesi soal jawab.
Banyak juga persoalan dari cikgu-cikgu. Ada yang dapat dijawab, ada yang didiamkan saja....
Bagus juga mendengar pandangan dari cikgu2 pelaksana di peringkat sekolah.
Mudah-mudahan pencapaian Sains dan Matematik anak-anak melayu akan bertambah baik selepas ini. Tidak boleh disalahkan penggunaan bahasa inggeris sebab murid melayu tidak baik. Yang lebih perlu diberi penekanan sekarang dan seterusnya ialah anak-anak kita faham konten mata pelajaran tersebut. Tugas siapa? Tugas kita semua, guru-guru dan ibu bapa juga....
No comments:
Post a Comment