Saturday, 14 March 2009

BANGKIT KEMBALI



Beberapa bulan berlalu, blog ini tidak sempat disentuh. Kesibukan aktiviti harian dan tugas di pejabat tidak membenarkan saya menulis. Eh... Sebenarnya, kalau hendak seribu daya kan......


Selepas Ramadhan sibuk dengan persediaan menerima menantu. Majlis telah berlangsung dengan selamatnya selepas Hari Raya Haji yang lalu.


Kemudian, kami dikejutkan dengan pemergian seorang kawan yang banyak memberi motivasi dan sekali gus berperanan untuk membawa saya ke kedudukan sekarang. Beliau yang rapat dengan anak-anak buahnya. Kami yang berkhidmat dengannya merasa selesa dan senang bila berurusan dengannya. Dia pergi tanpa siapa pun menjangka. secara tiba-tiba; lantas memberi peringatan kepada kami bahawa Allah akan menjemput seseorang pada bila-bila masa.


Seterusnya pemusafiran kami ke Makassar, seolah-olah merehatkan kami dari urusan pekerjaan. Menghadiri Majlis Wisuda (Konvokesyen) anakanda Maimanah sambil melawat beberapa tempat di sana, sambil melihat kemajuan yang telah dicapai oleh mereka.


Balik semula ke tanah air, bermulalah urusan-urusan persediaan persekolahan Syaimaa' memasuki alam persekolahan menengah. Urusan di pejabat dengan berbagai rencam dan ragam.


Seterusnya masa berlalu, anak-anak dengan progres masing-masing. Usayd akan berangkat ke London bersama Aween. Selamat berangkat; semoga permusafiran ini dapat rahmat dari Ilahi, semoga mereka dapat memanfaatkannya, menjadikan ia permusafiran yang berkat, dunia dan akhirat.







Saturday, 1 November 2008

ALUMNI MADRASAH RAMADHAN

Berlalu sudah sebulan Ramadhan dan Syawal juga telah berakhir.
Berikut adalah renungan buat semua Alumni Ramadhan:

10 kriteria alumni Ramadhan

1. Mukmin yang jujur.

Puasa melatih orang beriman menjadi manusia yang jujur. Yang tahu seseorang itu berpuasa adalah dirinya sendiri. Peluang untuk untuk berbuat curang sangat banyak. Hanya mukmin yang jujurlah yang akan menanamkan nilai-nila puasa dalam dirinya. Jujur adalah mengatakan apa adanya. Orang jujur takut melakukan perbuatan yang tidak benar, karena takut kepada akibat dari perbuatannya. Lidah seorang jujur tidak berani berbohong, mengatakan yang tidak diperbuatnya.

2. Mukmin yang sabar.

Sabar adalah setengah dari iman. Rasulullah s.a.w. memeri petunjuk bila orang yang berpuasa dihina atau ditantang untuk bertengkar hendaklah ia menjawab,”Saya ini berpuasa.”

3. Mukmin yang terbiasa bangun malam.

Selama bulan Ramadhan seorang mukmin dilatih mengurangi tidur di waktu malam untuk melaksanakan shalat tarawih dan makan sahur. Kebiasaan fisik tersebut akan berlajut sampai setelah Ramadhan, dan dapat diisi dengan qiyamullal pengganti tarawih, dan sahur untuk puasa Senin Kamis pengganti puasa Ramadhan.

4. Mukmin yang mencintai Al-Quran.

Selama bulan Ramadhan orang beriman tidak lepas dari quran : membacanya, mempelajari terjemahan dan makna yang terkandung di dalamnya, sekaligus memperaktekkannya dalam bentuk puasa, sholat berjamaah, zakat dan sadaqah, dan bersilaturahmi.

5. Mukmin yang mawas diri.

Pada bulan Ramadhan orang beriman dianjurkan memperbanyak meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah. Hanya orang menyadari dirinya mempunyai kekurangan dan banyak dosalah yang mau beristigfar dan bertaubat kepada Alllah. Rasulullah Muhammmad s.a.w. menyerukan agar manusia bertobat kepada Allah, dan beliau sendiri dalam sehari bertobat lebih dari 70 kali.

6. Mukmin yang mencintai masjid.

Hubungan orang beriman dengan masjid bagaikan ikan dan air. Orang beriman yang tidak biasa ke mesjid imannya akan mati. Masjid yang tidak dimakmurkan oleh orang yang beriman akan menjadi museum. Selama Ramadhan masjid ramai dikunjungi orang-orang yang beriman. Rasulullah s.a.w. mengatakan jika seorang mukmin tahu keutamaan sholat berjamaah di masjid niscaya ia akan mendatanginya meskipun dengan merangkak.

7. Mukmin yang peduli terhadap fakir miskin.

Di bulan Ramadhan diwajibkan bagi orang yang beriman untuk membayar zakat fitrah. Selain itu Rasulullah s.a.w. menjanjikan bagi mukmin yang bersedekah, memberi makan orang berbuka dengan ganjaran pahala yang sangat banyak. Sehingga selama Ramdahan orang beriman berlomba-lomba menginfakkan hartanya. Di hati orang yang beriman terpatri bahwa harta yang diterimanya semata-mata kurnia dari Allah SWT, dan dalam rezeki yang diterimanya terdapat hak orang lain.

8. Mukmin yang menghargai waktu.

Selama bulan Ramadhan bagi seorang mukmin waktu sangat berharga. Masjid penuh dengan jamaah sholat fardhu lima kali sehari, diikuti dengan sholat sunat rawatib. Waktu senggang diisi dengan baca Quran. Dengan menghargai waktu manusia menjadi produktif. Setiap waktunya mempunyai makna. Tidurnya orang yang berpuasa dihitung sebagai ibadah. Tentunya tidur karena lelah dari bekerja dan ibadah.

9. Mukmin yang mampu berubah kepada kebaikan.

Selama Ramadhan jamaah masjid lebih ramai dibandingkan sebelumnya. Biasanya siang hari sudah makan besar. Boleh jadi ada yang biasanya merokok namun dapat menghentikan kebiasaannya pada siang hari. Artinya orang beriman adalah orang mudah sekali melakukan perubahan untuk kebaikan. Karena puasa merupakan perintah Allah seorang mampu melakukan perubahan dengan seketika.

10. Mukmin yang visoner.

Perintah puasa hanya berlaku bagi orang yang beriman, yaitu orang yang menyakini adanya Allah Maha Pencipta, dan orang yang meyakini kebenaran hari akhirat. Mukmin visioner adalah orang yang meyakini bahwa adanya kehidupan setelah kematian, yaitu tempat Allah memberikan keadilan bagi apa yang dilakukan di dunia. Mata hatinya tidak hanya melihat kehidupan dunia tetapi lebih jauh lagi yaitu meyakini kehidupan akhirat yang abadi.


Semoga bermanafaat

Saturday, 23 August 2008

SELAMAT DATANG RAMADHAN


Ramadhan datang lagi. Bulan penuh keberkatan. Bulan di mana terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Ramadhan adalah bulan untuk kita meningkatkan amalan dan menjadikan ia bulan tarbiah. Puasa bukan setakat menahan lapar, tapi lebih daripada itu menahan diri daripada sifat-sifat keji. Puasa mengingatkan kita keperitan orang-orang yang telah lama diuji oleh Allah dengan nikmat makanan dan minuman.


Ya Allah Engkau bantulah kami untuk menjalani Ramadhan kali ini dengan istiqomah yang tinggi dari awal hingga keakhirnya. Hilangkanlah rasa malas dan letih dalam diri kami untuk meningkatkan ibadah kami kepadaMu. Jadikanlah Ramadhan kali ini bulan yang produktif bagi kami dan supaya kami dapat keluar dari Ramadhan kali ini sebagai orang yang lebih baik setelah menjalani tarbiah Ramadhan ini, amin.....


Wahai Ramadhan, kedatangan mu ke nanti......

SELAMAT DATANG RAMADHAN.....



Sunday, 6 July 2008

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rejab

Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

1.Hijrah Pertama

Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj

Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.

Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis

Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.

Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

Thursday, 26 June 2008

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

26 Jun 2008, hari bersejarah bagi 658 orang guru dalam daerah Timur Laut dan Barat Daya. Hari pengiktirafan segala usaha dan tugasan mereka membangunkan anak bangsa.

Hari ini mengingatkan aku kepada guru-guru yang telah mendidik dan mengajar aku membaca dan mengira serta mengajar erti kehidupan. Cikgu Zainiah, guru kelasku semasa darjah satu, komited dan menyayangi anak-anak muridnya. Dengan adunan belaian kasih sayang dan tunjuk ajar telah membawa aku sejauh ini.

Begitu juga guru-guru lain yang mengajar dan membimbing dalam tahun-tahun berikutnya sehinggalah aku menghabiskan persekolahanku.

Ketika itu, tiada sambutan Hari Guru, tiada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Namun guru-guru ketika itu terus mendidik dan membimbing tanpa mengenal jemu. Keikhlasan merekalah yang telah melahirkan ramai pemimpin dan bijak pandai hari ini.

Perlu direnungkan, adakah penerima-penerima anugerah hari ini menghayati aspirasi Falsafah Pendidikan Negara untuk membina anak-anak bangsa yang berketrampilan dan seimbang.....

Saturday, 21 June 2008

MSC

Seringkali kita berdepan dengan situasi di mana terlalu banyak kerja yang perlu kita habiskan dalam masa yang sangat suntuk. Bertindan tindih kerja yang perlu disiapkan. Dari urusan peribadi, urusan pekerjaan, urusan keluarga, urusan pertubuhan dan lain-lain.

Apa yang perlu dilakukan dalam keadaan demikian.....

Ketika itu teringat la pula, semasa kami sekeluarga bermusafir ke Johor ke rumah ibu mertuaku, kami menjalankan aktiviti bersama sekeluarga. Setiap seorang ahli keluarga kami, akan bercakap tentang apa-apa tajuk yang disukainya.

Begitulah cara kami mendidik anak-anak kami. Masa perjalanan bersama akan kami gunakan untuk memberi input pengetahuan dan latihan bercakap dan berfikir.

Suamiku memulakan bicara dengan bercakap tentang MSC. Ku sangkakan dia akan bercakap tentang Multimedia Super Corridor; rupanya apa yang dimaksudkan dengan MSC ialah Must, Should, Can. Dia terus menerangkan jika banyak perkara yang perlu dibereskan, ikutlah petua MSC. Perkara yang diberi keutamaan ialah yang dalam kategori Must (mesti/wajib). Keutamaan kedua ialah Should (sepatutnya...) dan ketiga ialah Can (boleh....).

Petua ini selalu ku gunakan sebagai panduan...

Setelah habis dia bercakap, anak-anak lain pula akan bercakap. Aku biasanya akan menerangkan konsep-konsep sains dalam kehidupan harian, walaupun konsep itu belum dipelajari oleh anak-anak di sekolah. Manafaatnya ialah pendedahan awal kepada mereka akan membantu mereka dalam pembelajaran di sekolah..... Jika cikgu mengajar tajuk berkaitan, mereka akan teringat kepada apa yang aku perkatakan....

Maimanah bercerita tentang kaedah menahan/mencuri nafas ketika tilawah al Quran; petua yang dipelajari dari guru taranumnya, Along menyentuh hal undang-undang, Usayd dengan teori kejuruteraannya. Khansa' yang paling muda ketika itu hanya kami minta untk bernasyid.

Begitulah suasana dalam kereta di sepanjang perjalanan yang tidak langsung membosankan kami....

Semua kini menjadi kenangan kerana anak-anak kami semuanya telah membesar. Harapanku agar amalan ini diteruskan oleh anak-anak kami, membudayakan ilmu dimana sahaja......

zahpp

Saturday, 14 June 2008

CONVERT TO ISLAM

Nicole Queen: Converts after seeing Youtube videos on Islam

watch it http://www.youtube.com/watch?v=khjtrIkYU5I&feature=related